Resepi Brownies Biscoff Super Chewy, Mewah Dengan Rasa Coklat Dan Biscoff!
Brownies merupakan pencuci mulut yang berasaskan coklat. Brownies datang dalam pelbagai bentuk dan mungkin sama ada berfudge atau berkerak. Resepi Brownies Biscoff pencuci mulut yang sangat mudah untuk dibuat
Kalau sebut pasal brownies, pasti dalam kepala tengah fikir rasa coklat yang sangat sedap dan tekstur yang chewy. Brownies banyak menggunakan coklat dalamnya, sebab itu rasanya lebih rasa coklat dan sangat chewy.
Nak tahu brownies kalau menjadi boleh tengok pada permukaan brownies yang berkedut dan berkilat. Itu tanda brownies dah masak dengan sempurna. Tapi ada je brownies yang teksturnya lebih kepada kek, dan permukaannya tidak berkilat.
Bagi mendapakat rasa yang sangat sedap, penggunaan dark coklat sangat penting. Pilih coklat yang berkualiti sebab dapat membezakan rasa brownies daripada guna coklat biasa. Resepi brownies ini dari perkongsian Noratiqah Nordin.
Pasti ramai yang sukakan brownies, nak buat agak senang dan tidak rumit. Cuma resepi brownies kali ini menggunakan biscoff biskut dan biscoff spraed. Biscoff sekarang tengah femes walaupun harganya agak mahal tapi rasanya sangat sedap sekali.
RESEPI BEOWNIES BISCOFF
Untuk menghasilkan brownies tidak perlu menggunakan mixer, hanya menggunakan hand whisk sahaja. Oleh kerana adunan brownies tidak perlu dikacau terlalu lama sehingga kembang, cuma perlu kacau sehingga adunan sebati sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 400g dark coklat
- 150g margerin
- 100g gula caster
- 100g gula perang
- 100g tepung naik sendiri/self raising flour
- 30g serbuk koko
- Biscoff spread dan biskut biscoff
CARA-CARA PENYEDIAAN BROWNIES BISCOFF
▶️ Mula-mula masakkan majerin secara double boiler sehingga majerin cair.
▶️ Selepas itu, masukkan coklat ke Dalam majerin cair tadi. Kacau sehingga coklat cair dan ketepikan.
▶️ Didalam mangkuk masukkan telur, gula kastor dan gula perang. Kacau sehingga sebati sahaja.
▶️ Kemudian, masukkan serbuk koko dan tepung naik sendiri. Kacau sehingga sebati.
▶️ Akhir sekali, masukkan coklat cair tadi dan kacau sehingga sekata.
▶️ Patahkan sedikit biskut biscoff dan masukkan kedalam adunan.
▶️ Sediakan loyang dan alas dengan baking paper.
▶️ Tuangkan adunan brownies kedalam loyang sehingga rata.
▶️ Selepas itu, letakkan biscoff spread dan biscoff biskut diatas pemukaan brownies.
▶️ Corakkan dengan menggunakan lidi.
▶️ Bakar pada suhu 160°c selama 40 minit atau sehingga masak.
BACA JUGA : Resepi Martabak Biskut Cream Crackers Yang Enak, Rasa Yang Pasti Ramai Akan Menyukainya!
Hasilnya brownies yang sangat chewy dan sangat sedap. Jangan risau kalau tekstur brownies lembab-lembab begitu, sebab brownies bukan kering seperti kek. Kalau dapat makan dengan aiskrim lagi sedap ni.
Nak tahu brownies sudah masak ke belum, boleh cucuk dengan lidi permukaan brownies tersebut apabila ditarik lidinya ia agak sedikit basah dan berketul. Jangan bakar terlalu lama nanti brownies Akan kering seperti kek.
Mudahkan nak buat brownies, tak ada mixer pun boleh hasilkan brownies yang sedap. Rasa yang sangat chewy bila digigit dan sangat mewah dengan rasa coklat. Apa lagi, boleh salin resepi brownies biscoff ini untuk dicuba!