Resepi Kari Kepala Ikan Kerapu Yang Membangkitan Selera. Kuah Padu Macam Kedai Mamak!

0 4,373

Pasti ramai peminat kari kepala ikan kan? Sebut je menu ni terus teringat kedai mamak kan! Kalaulah dapat makan kari kepala ikan yang pekat likat dan berlemak pasti padu. Lagi-lagi makan dengan nasi putih panas-panas pasti bertambah-tambah dibuatnya. Apa kata kita masak resepi kari kepala ikan kerapu yang marvelous dirumah. Pasti suami dan anak-anak akan suka!

Selain ikan kerapu, nak guna ikan lain pun boleh seperti ikan merah, ikan jenahak atau ikan bawal. Ikan-ikan ni kalau buat kari memang sedap dengan rasa manis-manis ikan tu memang berasa betul bila dimasak kari. Aroma rempah dan tumisan bawang bersama daun kari memang padu dan pasti terangkat.

Biasa kalau order kari kepala ikan ni, yang paling power kuahya pekat berempah dan kebanyakkanya tak guna santan. Tapi kalau ikut style dan selera melayu memang kena letak santan. Rasa yang manis dan berlemak memang membangkitkan selera makan! Confirm bila masak kari kepala ikan habis licin tinggal tulang je.

Jom lihat perkongsian resepi dari Encik Mohd Rozmie  memang padu masakan beliau. Resepi kari kepala ikan kerapu yang pekat, likat dan cukup rasa rempahnya dan resepi ni menggunakan santan supaya lebih berlemak lagi. Sekali makan pasti akan repeat lagi!

Kalau nak lagi mantap dan marvelous anda boleh campurkan sekali dengan sayur bendi, lada besar atau tomato. Rasanya lagi padu puas lah anda makan nanti. Lagi-lagi bila masak sendiri nak letak ramuan sesuka hati pun tak jadi masalah.

 

RESEPI KARI KEPALA IKAN KERAPU

Kalau nak masak kari ikan kerapu lagi sedap kepalanya dibelah dua. Supaya ramuan menyerap masuk dalam kesemuan bahagian. Lagi berasa lemak manis ikan tu. Resepi ni kalau dihidangkan pada suami pasti berselera suami makan nanti. Wah! Pasti anda dah tak sabar nak masak kan. Jom kita lihat perkongsian resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • 3 ketul kepala ikan kerapu
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih
  • Halia (kisar)
  • Air asam jawa
  • Cili kisar
  • 5 sudu Serbuk kari ikan
  • Santan
  • Daun kari
  • Lada besar
  • Tomato
  • Bendi
  • Halba
CARA PENYEDIAAN KARI KEPALA IKAN KERAPU :

▶️ Cuci bersih ikan menggunakan limau nipis. Belah kepada 2 bahagia.

▶️ Kemudian, bancuh dengan sedikit air 5 sudu makan rempah kari ikan dan 2 sudu makan serbuk cili.

▶️ Sebelum minyak mula panas masukkan dulu halba campur. Jangan masukkan masa minyak tengah panas, nanti meletup-letup halba dalam kuali.

▶️ Bila minyak dah panas masukkan bawang merah yang telah dipotong mayang. Bila bawang merah sudah layu masukkan cili potong dan pes bawang putih dan halia. Kacau sebati.

▶️ Kemudian masukkan tomato yang telah di potong kasar. Masukkan daun kari. Kacau sebati sehingga tomato layu.

▶️ Masukkan bancuhan rempah kacau sehingga rempah pecah minyak. Kena rajin kacau takut rempah jadi hangit.   Tambah setengah cawan air, kacau lagi sehingga rempah masak.

▶️ Bila nampak kering tambah lagi sedikit air dan kacau lagi. Kalau rempah tak masak elok nanti kari tak sedap.

▶️ Bila rempah sudah betul-betul masak elok, masukkan air asam jawa sedikit dahulu. Nanti jika kurang masam boleh tambah kemudian. Lepas tu tambah secawan atau dua cawan air mengikut sukatan ikan yang kau masak.

▶️ Kemudian masukkan kepala ikan yang telah dicuci bersih tadi. Biarkan sehingga kari mereneh dan ikan masak.

▶️ Bila kari dah mula mereneh masukkan sedikit santan. Tak perlu santan banyak, nanti tak sedap kari. Perasakan dengan garam secukup rasa. Jika kurang masam boleh tambah sedikit lagi air asam. Jika perlu sedikit gula boleh jer tambah untuk seimbangkan rasa. Mengikut citarasa.

▶️ Akhir sekali masukkan kacang bendi dalam seminit camtu dah boleh tutup api. Letak bendi. Biarkan seketikan.

▶️ Siap untuk hidang!

 

BACA JUGA: Resepi Sandwich Strawberry Ala Family Mart Yang Marvelous. Senang Sangat Nak Buatnya!

 

Waah! Tengok gambar pun dah terliur. Lagi pekat kuahnya lagi sedap. Tapi terpulang pada selera anda juga. Kalau makan dengan nasi putih panas-panas confirm bertambah-tambah dibuatnya! Nak makan dengan roti gardenia pun sedap tau. Bukan setakat tu je nak ratah macam tu pun boleh.

Resepi ni boleh dikata resepi yang sangat istimewa kalau dihidangkan pada mak ayah atau keluarga mertua pasti mereka suka. Resepi boleh dikatakan ada gabungan resepi kari mamak dan melayu cikit. Biasa kalau makan kedai susah nak cari kena dengan tekak kan. Bila buat sendiri nak adjust mengikut citarasa pun boleh.

Rasa manis lemak ikan tu sendiri pun dah berselera makan apatah lagi bila masak kari macam ni. Memang enak. Semoga dengan perkongsian resepi kari kepala ikan kerapu ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.