Resepi Daging Dendeng Marvellous. Hidangan Wajib Ada Ketika Hari Raya!

0 1,364

Daging dendeng merupakan salah satu hidangan wajib ketika musim perayaan. Resepi Daging Dendeng ini sangat mudah disediakan dan juga rasanya sangat sedap.

Kebiasaan daging dendeng akan dihidangkan pada hari raya, dimakan dengan ketupat, lemang dan nasi impit. Tapi boleh sahaja jika ingin menjadikan daging dedeng sebagai hidangan lauk dan makan dengan nasi putih.

Daging dendeng biasanya tahan lama dan tidak mudah basi, disebabkan hidangan ini tidak dimasak menggunakan santan dan selain dimasak sehingga kering.

Resepi ini telah dikongsi oleh Cik Puan Julieta, resepi ini sangat senang dan bahan yang digunakan pun sangat mudah. Walaupun cara masak agak rumit tapi rasanya sangat sedap untuk dinikmati.

Rasanya seakan rendang kering tapi yang pasti bukan rendang, rasa yang sangat luar biasa pasti makan pun berselera. Ibu-ibu yang ingin mencuba boleh try dengan resepi ini, pasti menjadi.

 

RESEPI DAGING DENDENG

Macam-macam cara nak masak daging dendeng ni, ada yang suka daging digoreng sehingga garing dan ada yang suka daging digoreng tidak terlalu garing, disebabkan tidak mahu daging terlalu keras.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1/2 kg Daging – potong nipis
Bahan A
  • 1 labu bwg bsr
  • 4 biji bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1inci halia
    (Semua bahan nie di mayang halus)
Bahan B
  • 2 batang serai
  • 3 helai daun limau purut
  • Kulit kayu manis & bunga lawing
  • 1 senduk cili blend
  • 1/2 cawan kicap kipas udg
  • Sedikit air asam jawa & air rebusan daging.

CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING DENDENG :

▶️ Mula-mula daging potong nipis kemudian rebus sehingga lembut.

▶️ Selepas itu, ambik anak lesung, tumbuk satu2 hirisan daging sehingga menjadi nipis.

▶️ Goreng daging yang dah siap ditumbuk sebentar jangan terlalu lama nanti daging keras dan ketepikan.

▶️ Kemudian, tumis bahan A sampai kekuningan @ garing kemudian angkat.

▶️ Guna minyak yang sama tadi tumis bahan B serai, bunga lawang & kulit kayu manis, sehingga wangi.

▶️ Seterusnya, masukkan cili blend dan sedikit air rebusan daging masak sampai terbit minyak.

▶️ Masukkan kicap, air asam jawa, daging, gula dan garam kemudian masukkan Bahan A yang di goreng tadi. Masak sehingga kering.

 

BACA JUGA : Resepi Kek Oren Klasik. Yang Pasti Sedap Dan Tidak Muak Untuk Dimakan!  

 

Perh! Nampak je hitam macam ni, tapi bila makan dengan nasi panas-panas pasti menyelerakan. Nampak sedapkan? Walaupun hidangan ini banyak pada hari raya, tapi boleh sahaja dimasak dan makan dengan nasi putih.

Mungkin cara masaknya agak berbeza, tapi rasa daging dendeng sangat unik. Rsanya yang sedap pasti akan menambat hati sesiapa sahaja yang baru ingin cuba merasanya.

Resepi daging dendeng memang panjang stepnya walaupun bahan yang digunakan tidak terlalu banyak, tapi sangat berbaloi untuk dicuba. Sedap dan menyelerakan. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.