Resepi Sup Daging Siam. Cara Yang Mudah Dan Rasa Seperti Makan Dikedai Siam!

0 2,448

Sup merupakan hidangan yang sedap dimakan semasa sup masih panas-panas lagi. Resepi Sup Daging Siam sememangnya sedap, rasanya yang agak berbeza dari sup yang biasa kita buat.

Daging dan tulang lembu biasanya sedap dibuat sup, kalau ibu-ibu masih ada simpanan daging atau tulang elok sanggat buat sup siam ni. Resepi sup daging siam ni sangat mudah dan telah dikongsi oleh Wan LuQman.

 Masakan sup adalah paling simple cuma memerlukan masa yang lama untuk empukkan daging atau tulang. Sup siam sangat sedap dengan rasa masam-masam pedas, rasa pun dah lain dengan sup yang biasa kita buat.

Kalau dah namanya sup siam memang tak lari dengan rasa masam-masam pedas. Kebanyakkan masakan siam mesti kena masam, jadi tak hairanlah sup mereka pun akan rasa masam-masam pedas.

Sup kalau makan dengan nasi putih panas-panas ditambah pula dengan telur dadar memang terangkat habis. Silap-silap tak perasan dah makan nasi tambah banyak kali.

 

RESEPI SUP DAGING SIAM

Ibu-ibu yang belum pernah mencuba untuk memasak sup daging siam ni perlu cuba buat yang pasti rasanya agak berbeza ditambah makan pula dengan sambal kicap yang power ni.

Bahan-bahan yang perlu disediakan :
  • Daging ( direbus dahulu )
  • 1 Batang Sederi
  • 1 biji Ubi Kentang
  • 1 biji Tomato
  • Cili Padi ( ikut kepedasan yang diingini )
  • 1 Paket perencah sup siam adabi
  • 2 ulas Bawang Putih
  • Sedikit Lobak Merah
  • 1 sudu nampla
  • 200ml air
  • 100ml air rebusan daging
  • Sedikit gula / palm sugar thai
  • Bawang holand ( dihiris )
  • Limau nipis ( utuk diperah sebelum makan )

CARA-CARA PENYEDIAAN SUP DAGING SIAM :

▶️ Mula-mula, rebus terlebih dahulu daging sehingga empuk dan potong ikut ketebalan yang diingini.

▶️ Tumis kesemua bahan, saderi, ubi kentang, bawang putih dan carot. Sehingga bawang putih agak keperangan.

▶️ Selepas itu, masukkan sesudu nampla. Kacau sekejap.

▶️ Masukkan air dan masukkan daging.

▶️ Seterusnya, masukkan 1 peket perencah sup adabi. Kacau sehingga sebati.

▶️ Tak perlu masukkan garam sebab dah letak nampla.

▶️ Kemudian masukkan air rebusan daging.

▶️ Masukkan palm sugar thai atau gula jika tiada palm sugar.

▶️ Selepas itu, masukkan cili, tomato dan bawang holand.

▶️ Masak sehingga mendidih atau sampai ubi kentang empuk.

▶️ Siap untuk dihidangkan dan jangan lupa untuk perah sedikit limau nipis ke dalam sup.

 

Bahan-bahan untuk sambal kicap :
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit cili ( ikut kepedasan yang diingini )
  • 1 sudu bawang goreng
  • Kicap lemak manis
  • Sedikit perahan air limau nipis

CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL KICAP :

▶️ Goreng sekejap bawang putih dan cili didalam sedikit minyak.

▶️ Seterusnya, tumbuk atau kisar bawang putih dan cili serta tambah sesudu bawang goreng.

▶️ Tumbuk sehingga hancur baru masukkan kicap. Jika menggunakan blender, masukkan kesemua bahan dan kisar sehingga hancur.

▶️ Kemudian masukkan sedikit perahan air limau nipis. Kacau-kacau dan siap untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA : Resepi sambal sotong. Sekali Buat Dah Menjadi!

 

Fuh! Mengancam betul tengok sup daging siam dengan sambal kicap ni. Ditambah pula makan dengan telur dadar dan nasi putih pana-panas lagi membangkit selera.

Sambal kicap ni memang sebagai pelengkap rasa, makan je dengan apa-apa hidangan pasti menjadi.

Ibu-ibu jika nak tukar sup daging kepada sup tulang pun boleh, cara masak sama sahaja. Pasti ada ibu-ibu yang tak pernah guna perencah sup siam adabi ni, walaupun perencah ini membuat warna sup agak gelap tapi rasanya sangat sedap.

Resepi sup daging siam dan sambal kicap dah ada, apa lagi ibu-ibu tak perlu pening dah nak masak apa. Buat sahaja sup siam ni, hidangan simple tapi sedap sekali. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.