Resepi Air Asam Boi Yang Fresh Dan Sedap, Nyaman Sungguh Bila Minum Sejuk-Sejuk!

0 6,656

Hari ini nak share resepi air asam boi yang fresh dan sedap, boleh cuba di rumah sahaja. Selain daripada boleh menyegarkan, air asam boi ini mengandungi banyak khasiat. Antara khasiat lemon & asam Boi ialah boleh membantu sistem pencernaan, dapat mengalakkan penurunan berat badan, dan menurunkan paras gula dalam badan.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat air asam boi sangat mudah didapati, seperti lemon, serai, asam boi, longan, air limau, daun pudina dan sebagainya. Tapi kalau nak lagi sedap boleh ditambah dengan buah laici, mata kucing atau mix fruits. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Campuran Asam Boi memberikan impak rasa masam-masam manis yang seimbang dengan rasa lemon. Mampu memberikan kesegaran kepada sesiapa yang meminum air asam boi. Vitamin C yang terdapat dalam lemon membantu mengurangkan masalah kulit berkedut, kulit kering kerana faktor penuaaan dan juga lain-lain masalah kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari.

Resepi air asam boi boleh dihidangkan pada bila-bila masa tak kira untuk minum bersama keluarga  ataupun boleh dihidangkan kepada tetamu. Sering kita tengok dipasar malam atau di tepi jalan, rata- rata peniaga mula berjual air asam boi,  rasanya yang sedap dan menyegarkan dapat menarik minat pembeli.

Disebabkan minuman  ini sangat ringkas dan ramai menggemarinya. Apa kata kita follow resipi yang dikongsi oleh Cik Puan Hana A Razak. Rasa yang fresh dan sedap sudah pasti menjadi minuman wajib yang harus dicuba.

 

RESEPI AIR ASAM BOI YANG FRESH DAN SEDAP

Minuman yang sangat simple dan fresh, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita tengok satu persatu bahan–bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan air asam boi yang fresh dan sedap.

 

Bahan-bahan  yang diperlukan adalah :
  • 1 biji lemon
  • 2 batang serai
  • 1 tin longan
  • 8 biji asam boi
  • Air limau Songkhla
  • Chia seed
  • Daun pudina
  • Air gula
  • Air putih
  • Ais

CARA PENYEDIAAN AIR ASAM BOI YANG FRESH DAN SEDAP :

▶️Langkah pertama hiriskan lemon dan  titikan serai.

▶️Kemudian masukkan lemon dan serai dalam mangkuk atau jug.

▶️Lepas tu taruklah longan, nak guna laici atau mix fruits lain pun boleh.

▶️Nak bagi masam masam padu lagi, boleh taruk air limau songkhla ni.

▶️Air gula jangan lupa. Masuk sikit sikit, kang terlajak manis pulak.

▶️Asam boi rendamkan dulu dengan air panas, biar kembang sekejap. Lepas tu baru masukkan dalam mangkuk.

▶️Lepas tu masukkan daun pudina bagi rasa lebih segar.

▶️Kemudian masukkan Chia seed

AVvXsEgOFHKCOelb8oGpr0rAhFKHCaOHuJSIN9Er6OAxuqzP3G9nTMq5KwIDW65w5uLEr0wcc4vYOBondNXCptHsEAaLjZ1rmK6T9faczsU_bzHaijI93Thm_4pS9pGLTXBu3-7uJtwcCmqQjJrDr4BRGu8P7U8mpChtMDLAFPDsMJ_gklJNV5K9BjA-Lw5A=s640 (480×640)

▶️ last sekali masukkan ais kuib, siap! Nyum nyummm, sedap minum sejuk sejuk
BACA JUGA : Resepi Mee Celup Thai Super Sedap. Lepas Makan Confirm Terus Boleh Cakap Siam!

 

Siap untuk dihidang, wah! Nampak sangat menyegarkan. Tak susah pun nak menyediakan minuman ini. Minum sejuk-sejuk confirm lagi sedap. Rasa masam-masam manis disegarkan lagi dengan daun pudina pasti anda tidak menyesal mencubanya.

 

Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal! Minuman ini sebenarnya boleh je didapati di pasar malam ataupun di tepi jalan. Tapi bila kita sendiri yang buat lagi sedap lebih menyihatkan.

Semoga perkongsian cara menyediakan air asam boi ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi minuman yang sangat fresh dan segar ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.