Resepi Kerang Bakar Bersama Pencicah Ala Thai Yang Padu. Pasti Membangkitkan Selera Makan Anda!
Mesti ramai peminat seafoodkan? Pernah tak cuba masak kerang bakar bersama pencicah ala Thai dirumah? Jom follow perkongsian resepi kerang bakar bersama pencicah ala thai yang padu ni. Resepi yang simple dan sangat sedap. Kalau makan kerang ni banyak khasiatnya. Antaranya dapat mengatasi anemia (kurang darah) menjaga kesihatan jantung, merawat fungsi saraf dan banyak lagi.
Kerang juga baik diambil oleh wanita yang sedang hamil. Wanita mengandung akan mengalami masalah kurang darah. Jadi disarakan pada mereka untuk makan kerang. Ha! Dengar tu para bakal-bakal ibu. Ini adalah sekadar perkongsian sahaja.
Sedapnya kerang bakar kalau dicicah dengan sos thai kan. Rasa fresh kerang dan masam manis pedas sos menjadikan hidangan ini kesukaan ramai. Tapi kena pilih kerang yang betul-betul fresh supaya tidak berbau busuk bila dimakan. Aroma dan rasa yang kurang enak memprovakasi selera anda. Biasanya kerang-kerang yang ada dipasar lebih fresh berbanding yang ada di mall ataupun dikedai biasa.
Resepi kerang bakar ini tidak lengkap tanpa pencicah ala thai. Cara penyediaan sos cili thai ini juga sangat senang. Kisarkan bawang putih, bawang merah dan cili sehingga lumat kemudian masukkan bahan lain seperti cuka, perasa dan daun ketumbar. Nak pekat cikit boleh letak tepung jagung. Wah! Terus boleh dihidang.
Pencicah mesti rasa pedas, masam, manis jika ada rasa tak seimbang boleh tambahkan bahan perasa sehingga dapat rasa yang dingini. Anda juga boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira untuk lebih detail. Terima kasih diucapakan kerana sudi berkongsi resepi yang simple ini.
RESEPI KERANG BAKAR BERSAMA PENCICAH ALA THAI
Selain kerang dibakar anda boleh juga rebus kerang tesebut. Rasa hampir sama. Namun kerang bakar lebih juicy lah. Tanpa membuang masa apa kata anda lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi kerang bakar bersama pencicah ala thai ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- Kerang
- 1 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 3 sudu besar sos cili
- 10 biji cili padi merah
- 4 tangkai daun ketumbar skali batang/akar
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar cuka makan
- garam, gula secukup rasa
- 1 gelas air
CARA PENYEDIAAN KERANG BAKAR BERSAMA PENCICAH ALA THAI :
▶️ Cuci bersih kerang. Kemudian bakar kerang tersebut sehingga masak.
▶️ Untuk buat pencicah pula. Masukkan semua bahan diatas dalam pengisar dan kisar lumat. Kecuali tepung jagung.
▶️ Tuang bahan kisar didalam periuk lalu didihkan dan masukkan tepung jagung. Biarkan kuah hingga masak dan sedikit memekat.
▶️ Siap.
BACA JUGA: Resepi Boko Ubi Lemak-Lemak Manis Memang Sedap. Sesuai Untuk Santapan Minum Petang Anda!
Wah dah siap! Lihat gambar pun dah terliur. Resepi ini kalau nak makan ratah pun sedap, tapi kalau nak makan bersama dengan nasi putih pun sedap. Menu ini juga berkhasiat dan tidak berminyak. Rasanya pun cukup pedas masam masim dan manis. Pasti kecur liur dibuatnya!
Menu ini boleh hidangkan bersama keluarga, tengok kejap je dah habis. Bagi keluarga yang suka makan masakan alai thai ini. Mesti rasa tak cukup je. Silap-silap anak-anak besok request lagi. Menu ini simple boleh buat selalu. Anak-anak pun pasti suka.
Ingat kerang ni banyak khasiatnya. Yang ada masa lapang dan tekak teringin nak makan kerang bolehlah cuba resepi kerang bakar dengan pencicah alah thai ini dirumah. Semoga perkongsian ini memberikan anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.