Resepi Kuih Mek Molek Yang Sedap Dan Padu. Ada Tips Untuk Buat Kuih Rangup Bila Dimakan!

0 4,306

Apa kata sarapan pagi ni kita buat kuih cek mek . Kuih cek mek ni kalau dapat makan yang padat isinya dengan ubi keledek, lembut dan gebu memang sedap. Lagi bertambah sedap bila ada cecair gula didalam kuih cek mek ni. Tapi tak semua tempat yang jual kuih cek mek. Jadi terpaksa lah kena buat sendiri. Jom follow resepi ringkas cara buat kuih cek mek molek keledek ni.

Resepi kuih cek mek molek, ialah kuih tradisi dan kegemaran ramai orang yang berasal dari pantai timur. Kebiasaanya menggunakan ubi keledek oren yang direbus sehingga empuk  dan cuma digaul bersama tepung gandum dan garam. Cukup mudah cara penyediaan kuih cek mek ni sebenarnya. Dikatakan ramuan kuih cek mek molek ni sama dengan kuih keria tapi yang membezakan bentuknya dan cara penyediaannya sahaja.

Nak buat resepinya mudah saja tetapi kena harus pandai mengagak sebanyak mana tepung yang perlu dimasukkan supaya kuih tidak menjadi terlalu lembik atau terlalu keras. Tekstur keledek oren sememangnya agak lembik dan perlukan tepung yang lebih sedikit untuk diuli supaya adunan nanti tidak melekat.

Semasa prosese membentuk kuih sapukan sedikit tepung ditangan anda supaya adunan kuih senang nak dibentuk. Kalau nak lagi sedap jangan kedekut letak ubi keledek. Rasa lemak manis dari ubi keledek tu yang membuat kuih anda jadi sedap. Lagi satu kuih ni mesti manis. Bila digigit terasa cair air gula dimakan kuih cek melok ni.

Dah alang-alang jumpa resepi kuih cek molek elok sempurna yang dikongsikan oleh Encik Mohd Azmy ni, rugi pula tak cuba.  Lagi sedap kalau buat sendiri dari beli dikedai. Cukup rasa ubi keledek yang lemak manis. Puas hati makan. Kalau dihidangkan suami dan anak-anak pasti mereka suka.

 

RESEPI KUIH CEK MEK MOLEK 

Rupanya nak buat kuih yang rangup hanya perlukan baking soda yang dimasukkan semasa nak menguli adunaan tepung. Tak perlukan banyak pun. Cukup hanya hujung-hujung sudu je. Tips ni boleh anda gunakan jika mahukan kuih anda sedap dan rangup diluar malah lembut didalam.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • Ubi keledek oren
  • Tepung gandum
  • Baking soda
  • Garam
  • Gula pasir
  • Air

CARA PENYEDIAAN KUIH CEK MEK MOLEK :

▶️ Buang kulit. Dan rebus ubi sampai empuk.

▶️ Lenyek ubi sampai hancur. Nak mudah pakai je anak batu lesung.

▶️ Masukkan tepung gandum, baking soda dan sedikit garam. Gaul rata.

▶️ Uli sampai menjadi doh begini. Atau sampai tak melekat kat tangan.

▶️ Minyak untuk mudahkan kita menbentukkan doh. Sediakan juga gula pasir.

▶️ Leper doh macam ni. Kemudian masukkan 1 sudu kecik gula kedalamnya.

▶️ Pastu bentukkan bunjur. Pasti iannya terbalut gula, supaya guna tak keluar nanti.

▶️ Lakukan proses yang sama. Sehingga doh anda habis.

▶️ Panas api. Kemudian goreng kuih sehingga keperangan.

▶️ Dah siap. Boleh angkat dan hidangkan. Jangan makan ketika panas kang melecur bibir.

 

BACA JUGA: Resepi Laksa Siam Yang Super Sedap Kaya Dengan Rasa. Mudah Je Cara Buatnya!

 

Tada! Selain dihidangkan untuk sarapan pagi. Kuih cek mek molek ni juga boleh dihidangkan untuk minum petang anda. Lagi nikmat hidangkan bersama teh o panas. Fuhh, bila gigit terasa ranggupnya. Didalam pula lembut dengan isi keledek yang mampat dan lebih berbanding tepungnya.

Ni sebabnya, kalau buat sendiri  ni. Dapat pastikan isi keledeknya banyak. Tak ada lah perang dengan emosi kalau tersalah beli kuih cek mek yang terlalu jimat keledek. Lepas ni kalau terjumpa orang jual ubi keledek, boleh beli untuk buat kuih ni. Pasti anda akan suka.

Lagipun nak menyediakan resepi mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Semoga dengan perkongsian resepi ubi keledek ni memberi anda manfaat. Anda boleh save resepi ni dulu. Jika ada kelapangan boleh cuba nanti. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.