Resepi Sandwich Strawberry Ala Family Mart Yang Marvelous. Senang Sangat Nak Buatnya!

0 1,894

Sandwich ni antara menu yang sedap dan sesuai hidangkan untuk sarapan pagi. Selain tu, nak buat menu diet, bekal anak ke sekolah atau ke pejabat, semua boleh buat dengan sandwich ni. Sandwich ni ada pelbagai jenis seperti sandwich tuna, sandwich sardin, sandwich telur termasuk lah sandwich strawberry ala family mart ni. Nak buat sandwich pun mudah je. Anda patut mencubanya!

Menu ni simple tapi mengenyangkan. Makan 2-3 keping sandwich strawberry pun dah cukup. Nak buat sandwich ni mudah je. Hanya menggunakan 4 jenis bahan saja. Antaranya roti, whipping cream, gula dan buah strwaberry yang fresh. Inti sandwich tak perlu dimasak seperti sandwich lain. Hanya perlu putar whipping cream dengan gula sampai gebu. Pastu dah boleh sapu diatas roti.

Rasa sandwich ni sebijik dengan sandwich strawberry yang jual di family mart. Mungkin rasanya lebih sedap. Sebab kalau buat sendiri anda boleh letak banyak buah strawberry. Dan buahnya lebih fresh dan segar. Malah lebih jimat dan berbaloi kalau buat sendiri boleh buat banyak-banyak dan makan puas-puas.

Resepi yang simple dan enak ni dikongsikan oleh Cik Puan Tyra Manan. Menurut beliau nak lagi sedap, nak sandwich strawberry ni kena guna roti yang jenis tebal dan gebu. Kalau guna roti keping gardenia tu nipis dan lembut sangat, jadi sandwich strawberry anda tak berapa nak cantik bila dipotong nanti.

Hidangan yang enak ni kalau nak hidangkan pada tetamu atau majlis hari jadi pun boleh. Ianya boleh dijadikan makanan santai, tapi mengenyangkan dan menyelerakan. Selain tu roti sandwich strawberry nak buat berniaga pun boleh. Pasti ramai yang mengukainya.

 

RESEPI SANDWICH STRAWBERRY ALA FAMILY MART

Roti sandwich strawberry lagi mantap kalau disimpan kejap dalam peti ais dalam 20-30 minit lepastu baru dipotong dan dihidangkan. Makan sejuk pasti bertambah selera. Wah! Pasti anda dah tak sabar nak mencuba resepi kan. Jadi tanpa buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • Roti putih
  • 200ml whipping cream
  • Gula
  • Strawberry
  • Plastik wrap (untuk balut roti sebelum potong)
CARA PENYEDIAAN SANDWICH STRAWBERY ALA FAMILY MART : 

▶️ Putar whipping cream dengan gula sampai gebu. Lebih kurang 3-4 minit

▶️ Kemudian, sapu whipping cream yang dah putar tu atas roti. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal sedang-sedang je.

▶️ Kemudian, susun strawberry lepastu topup up sikit whipping cream celah-celah strawberry bagi penuh atas roti.

▶️ Last sekali wrap roti bagi padat. Simpan kejap dalam peti ais dalam 20-30 minit lepastu baru potong.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA:  Resepi Aiskrim Paddle Pop Yang Sedap Dan Menyegarkan Tekak. Nak Buatnya Pun Ringkas Je!

 

Dah siap hidangan sandwich yang sedap dan menyelerakan ni. Memang enak dengan rasa lemak-lemak whipping cream dan telur. Rasa buah segar strwabery pun sungguh sedap. Selain buat strwabery anda juga boleh mempelbagaikan buah lain seperti buah pisang, buah blueberry, buah kewi dan berbagai.

Untuk hidangkan sarapan atau bekal anak-anak. Anda boleh juga mempelbagaikan menu sandwich lain supaya mereka tidak mudah bosan sebab makan dihidangkan selalu. Anda boleh tukarkan kepada mayonis, sosej, daging, tuna atau sardin. Walaupun hari-hari makan roti tapi pelbagai perisa. Suami dan anak-anak pun tak bosan dah.

Fuhh, kalau buat pelbagai jenis perisa memang puas nak makan. Nak buat sandwich pun senang je. Semoga dengan perkongsian resepi sandwich strawbery ala family mart ni dapat memberi anda manfaat. Boleh share juga pada kawan-kawan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.