Resepi Ikan Masin Kurau Cili Kering Yang Super Nyummy. Hanya Tambah Rencah Sos Tiram Je, Cukup Padu Rasanya!
Bagi penggemar ikan masin, sebenarnya banyak resepi yang boleh dicuba. Asyik goreng biasa je kan. Tapi bila goreng dengan bawang je sebenarnya dah cukup sedap. Tapi pernah tak anda cuba resepi ikan masim kurau dengan cili kering? Bagi yang tak pernah try rasanya sangat padu. Anda boleh je follow resepi dibawah ni.
Bukan tu je, tambahkan lagi sos tiram selebihnya sebagai bahan perasanya. Memang layan lah resepi ni. Kenapa resepi ni guna ikan kurau? Sebenarnya ikan masin kurau ni isinya lembut dan tebal. Selama ni ikan masim kurau ni sering dibuat masak lemak atau gulai kari je. Tapi Ianya sebenarnya boleh dihidang dengan pelbagai resepi tau.
Kali ni buat masak goreng cili kering memang dah cukup sedap dan padu rasanya. Selain cara penyediaan yang mudah. Bahan yang digunakan pun tidak renyah. Bila goreng cili kering dan campuran bahan lainnya nanti minyak hasil gorengan tu pun dah cukup sedap.
Kalau gaulkan dengan nasi putih panas-panas confirm sepinggan tak cukup dibuatnya. Memang anda wajib try menu yang simple tapi sedap ni. Boleh je ikut perkongsian resepi dari Nurul Ateekah step by step, pasti ia menjadi dan sangat sedap.
Hidangan yang simple ni boleh dihidangkan pada bila-bila masa sahaja yang anda suka. Bila dah cuba baru tahu rasanya nanti, ada perbezaan ikan masin goreng cili kering dan juga ikan masin goreng bawang yang biasa selama ni kita buat. Jom kita try masak!
RESEPI IKAN MASIM KURAU CILI KERING
Tak perlu banyak-banyak ikan masin pun dah dah ok. Lagipun kalau makan ikan masin ni bukan macam makan ikan goreng biasa. Cuit-cuit sikit pun dah ok. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 150gram Ikan Masin kurau (dicuci dan digoreng)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 4 ulas bawng putih (dihilis)
- 2 cm halia (dihiris)
- Daun kari
- 5 batang cili kering (dipotong)
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar gula
- Minyak masak
CARA PENYEDIAAN IKAN MASIM KURAU CILI KERING :
▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ikan masim dan goreng sehingga masak.
▶️ Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, daun kari dan cili kering. Tumiskan sehingga naik bau.
▶️ Kemudian masukkan sos tiram dan garam. Kacau sekata. Garam tu tak perlu banyak-banyak sebab ikan masin dan masin.
▶️ Masukkan ikan masin yang digoreng tadi. Gaul sekata.
▶️ Dah siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Strawberry Crepe Yang Sedap Dan Super Creamy. Dengan Isinya Yang Montok Memang Syok Dimakan Bersama Keluarga!
Fuhh! Tengok gambar pun dah menarikkan. Biasanya ikan masin cili kering ni sedap kalau digandingkan dengan gulai lemak, tak kira sama ada masak cili api masak lemak atau kari. Nak makan dengan bubur nasi pun sedap. Kalau sekali sekala hidang menu yang ringkas ni memang layan. Sedar tak sedar berpinggan nasi dibuatnya.
Malah ada juga yang suka jadikan lauk ni sebagai lauk utama. Lepas tu hidangkan dengan sayur goreng kubis ataupun sayur campur pun dah cukup. Makan panas-panas memang syok sangat. Hidangan yang simple dan sedap ni boleh anda cuba nanti. Boleh save resepi, nanti kalau ada kelapangan boleh cuba kemudian.
Kalau ada stock ikan masin boleh lah cuba nanti. Tak kisah guna ikan masin apa. Semua sedap je. Semoga dengan perkongsian resepi ikan masin kurau cili kering ni memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!