Resepi Puding Cermin Yang Cantik Menawan Hati. Pemanis Mulut Yang Sangat Sedap Syok Dimakan Sejuk-Sejuk!
Resepi puding ataupun agar-agar memang menjadi menu kesukaaan ramai. Teksturnya yang sangat cantik dan lembut, memang syok dimakan sejuk-sejuk. Kali ini percubaan untuk membuat resepi puding cermin simple dan sedap. Pasti anda pun tak sabar nak buat kan!
Hidangan puding cermin ini yang berwarna warni memang menarik perhatian untuk makan. Cukup cantik secara fizikalnya dan sangat sesuai untuk dijadikan dessert. Puding cermin juga sesuai dijadikan hidangan untuk rumah terbuka ataupun majlis keramaian pasti ramai orang akan suka.
Rasa puding cermin semestinya sedap kerana adanya rasa lemak manis santan. Dan rasanya sangat fresh bila dimakan sejuk-sejuk. Terdapat juga pelbagi jenis puding yang selalu menjadi hidangan seperti puding caremal, valina, coklat, puding buah dan pelbagai jenis puding lagi, masing-masing mempunyai keenakkan dan keunikkan yang tersendiri.
Penyediaan puding cermin juga sangat mudah dan ringkas yang menggunakan bahan asas seperti agar-agar, perwarna, telur dan santan. Warna puding didalamnya boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa anda. Boleh menggunakan warna merah, hijau dan macam-macam lagi mengikut kesukaan anda.
Masukkan dalam peti sejuk, bila nak masak boleh keluarkan dan potong, makan sejuk-sejuk memang santai, syok je bila lalu ditekak. Lebih-lebih lagi cuaca sekarang yang panas. Jom kita ikuti resepi puding cermin yang dikongsikan oleh cik puan Nor Al Fatihah dilaman facebooknya.
RESEPI PUDING CERMIN
Puding ini juga sesuai dihidangkan untuk menu petang ataupun sebagai pencuci mulut selepas makan. Tanpa membuang masa lagi apa kata tengok bahan-bahan yang perlukan dan cara penyediaan resepi puding cermin yang sangat super ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 10gm agar-agar tali
- 600ml @ 21/2 cawan air
- ½ cawan gula
- 1 cawan santan
- 1 biji telur
- 3-4 titik perisa ros
- Penawar merah & hijau
Bahan B :
- 10gm agar-agar tali
- 700ml @ 3 cawan air
- ¾ cawan gula
- 2 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN PUDING CERMIN :
▶️ Bagi penyediaan bahan A, masak agak-agar, air dan gula hingga larut.
▶️ Kemudian pecahkan telur ke dalam santan bersama perisa ros & pukul sedikit. Tuang ke dalam agar-agar tadi perlahan-lahan. Kacau hingga mendidik diatas api kecik.
▶️ Bahagikan agar-agar kepada dua bahagian dan capur pewarna. Masukkan ke dalam bekas berlainan & sejukkan didalam peti ais 2-3 jam. Setelah agar-agar keras tekap dengan acuan bunga @ acuan yang disukai. Susun didalam acuan besar, ketepikan.
▶️ Bahagain B, masak semua bahan-bahan hingga larut & tapiskan ke dalam agar-agar bunga tadi, secara perlahan-lahan. Sejukkan di dalam peti ais 2-3 jam hingga keras.
▶️ Siap untuk dihidang.
BACA JUGA : Resepi Udang Goreng Tempoyak Petai Yang Lagen. Menu Yang Sangat Simple Dan Sedap Pasti Membangkitkan Selera!
Wah! Siap untuk dihidang, Nampak sangat menyelerakan, bila dipotong bahagia dalam nampak sangat cantik hidangkan untuk anak-anak pasti mereka suka. Ibu-ibu sekarang dah semakin bijak mencari idea dan resepi untuk dijadikan juadah kepada keluarga. Dah tak bersusah payah order makan diluar. Masak sendiri jadi padu.
Pasti anda dah tak sabar nak mencuba resepi ini. Hidangan yang sangat mudah tapi hasilnya tidak mengewecakan anda. Yang suka banking anda wajib cuba resepi ini. Manalah tahu daripada makan sendiri sehingga boleh buat berniaga satu hari nanti. Resepi yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya.
Semoga pengkongsian cara menyediaan puding cermin ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Jika ada kelapangan anda boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi ini yang sangat sedap ini. Selamat mencuba!