Resepi Bihun Goreng Kicap Seafood. Hidangan Simple Tapi Menyelerakan Mewah Dengan Seafood!

0 1,789

Bihun goreng mungkin ramai dah tahu dan selalu makan. bihun goreng salah satu juadah akan dibuat untuk sarapan dan juga majlis-majlis makan. Resepi Bihun Kicap Goreng Seafood salah satu hidangan yang mudah untuk disediakan.

Bihun banyak kegunaan dalam masakan, biasa dibuat bihun sup, bihun goreng dan dimasukkan dalam sup sayur. Bihun sangat sedap dimakan dan nak masak bihun pun sangat senang. Cuma perlu di rendam terlebih dahulu sebelum dimasak, kerana tekstur bihun adalah kering.

Bihun bila dimasak dengan menggunakan banyak seafood memang sangat sedap. Masakan bergoreng ni akan sedap bila dimasukkan banyak lauk didalamnya. Baru lah syok makan bihun goreng bila lauk banyak macam tu.

Resepi bihun kicap goreng seafood telah dikongsi oleh Nurul Ateekah di facebook. Resepi ini sangat mudah dan bahan-bahan yang digunakan pun sangat senang.

Nampak macam biasa sangat buat resepi bihun goreng ni, tapi lain orang lain cara masaknya. Sudah tentu rasanya lain walaupun resepi lebih kurang sama. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESEPI BIHUN KICAP GORENG SEAFOOD

Bihun kicap goreng seafood ni warnanya agak gelap, sebab menggunakan kicap manis dan kicap pekat dalam masakan. Jadi warnanya agak gelap dari bihun goreng biasa, kebiasaan kicap pekat banyak diguna dalam masakan mee kuning dari bihun.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 400gram bihun kering
  • Taugeh
  • Lobak merah(dihiris)
  • Bawang besar 1 biji(dihiris)
  • Bawang putih 6 ulas (dikatok)
  • Telur ayam 3 biji
  • Sotong
  • Udang
  • Serbuk perasa
  • Garam(jika perlu)
  • Minyak masak secukupnya
Bahan-bahan untuk sos :
  • Kicap Manis (cap kipas udang) 8 sudu besar
  • Kicap pekat ABC 3 sudu besar
  • Sos tiram 3 sudu besar
  • Sos tomato 3 sudu besar
  • Sos cili 3 sudu besar
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • (Anggaran agak2 ikut Citarasa masing)boleh tambah cili kisar jika mahu.
CARA-CARA PENYEDIAAN BIHUN KICAP GORENG SEAFOOD

▶️ Mula-mula, rendam bihun sehingga agak lembu. Apabila Sudah lembut, toskan bihun dan ketepikan dahulu.

▶️ Panaskan minyak masak secukupnya,goreng telur dan masakkan telur menjadi hancur. Apabila sudah sedikit garing, angkat dan ketepi.

▶️ Selepas itu, mengunakan minyak yang sama,tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.

▶️ Kemudian,masukkan kesemua bahan-bahan sos, serbuk perasa dan gaul sebati.

▶️ Setelah itu,masukkan udang dan sotong, masak seketika.

▶️ Akhir sekali,masukkan bihun yang telah direndam tadi, lobak merah dan taugeh. Gaul sehingga rata. Siap

 

BACA JUGA : Resepi Udang Butter Milk. Rasa Creamy Yang Enak Dan Secukup Rasa, Pasti Anak-Anak Suka!

 

Mudah sangat nak masak bihun kicap goreng seafood ni, jangan cakap bahan yang diguanakan sama macam masak bihun yang biasa kita masak tu ye. Hidangan ini sangat sedap sebab mewah dengan seafood dan aroma dari kicap sotong menaikan lagi rasanya.Masaklah masakan bergoreng apa pun mesti kena masukkan telur, telur salah satu penyedap didalm masakan bergoreng. jika tidak mahu letak telur pun tidak mengapa, ikut selera masing-masing.

Resepi bihun kicap goreng seafood sangat sedap dan sesuai untuk dijadikan hidangan breakfast dan untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang kerumah. Hidangan ini sangat mudah dan cepat untuk dimasak, apa lagi ibu-ibu boleh salin resepi ini untuk dimasak nanti. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.