Resepi Ayam Masak Kicap Pedas. Masak Kicap Yang Super Sedap, Makan Seketul Pun Tak Cukup!

0 2,041

Ayam kicap pedas berbeza dengan ayam masak kicap yang selalu kita makan. Resepi Ayam Masak Kicap Pedas mudah untuk dibuat dan mudah untuk ibu-ibu follow resepi ini.

Biasanya ayam kicap dimasak berkuah dan tidak pedas, lain pula masakan ayam kicap Pedas ni. Ayam masak kicap pedas dimasak agak kering dan tidak berkuah, tapi rasanya sangat sedap.

Pernah makan nasi tiga budak gemuk? Makan ayam masak kicap pedas lebih kurang macam makan ayam kicap tiga budak gemuk tu lah

Apa yang penting dalam ayam kicap pedas mestilah secukup rasa lemak, manis, pekat dan pedas.

Resepi ini telah dikongsi oleh Maya Miera, resepi hidangan yang mudah dan menyelerakan untuk makan tengahari.

 

RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS

Sebenarnya bahan tumis yang ditumbuk halus lebih sedap dari bahan yang dikisar dengan chopper atau kisar kering.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 12 ketul ayam
  • 2 sudu biji ketumbar
  • 1 1/2 labu bawang putih
  • Kunyit
  • Garam
  • Daun kari
  • Daun bay
  • 2 senduk Kicap manis ABC
  • 1 senduk Sos tiram
  • 15 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang besar
  • Sedikit halia
CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM KICAP PEDAS

▶️ Blend atau tumbuk ketumbar dan 1/2 labu bawang putih.

▶️ Selepas itu, masukkan kedalam ayam bersama kunyit dan garam, perap dalam 1/2 jam.

▶️ Barulah goreng garing/sehingga ayam masak. Ketepikan

▶️ Tumbuk cili padi,cili merah,halia,bawang besar,bawang merah dan selabu bawang putih.

▶️ Kemudian, tumis bahan tumbuk tadi menggunakan baki minyak goreng ayam tadi.

▶️ Masak bahan2 tu sehingga garing dan pecah minyak.

▶️ Seterusnya masukkan kicap dan sos tiram masak lagi dalam 3-4 minit.

▶️ Kalau nak masukkan perasa pun boleh.

▶️ Masukkan ayam gaul sekata, dah boleh tutup api..

 

BACA JUGA : Resepi Roti Puri. Makan Dengan Kari Dan Sambal Sangat Menyelerakan!

 

Fuh! Macam ni gayanya ayam kicap pedas makan seketul pun tak cukup. Dengan bau aroma dari daun kari lagi memang naikan selera nak makan.

Makan pula dengan timun dan kobis dah sedap. Kalau ada sambal penyet lagi sedap makan sampai dah tak pandang lain dah.

Resepi ayam masak kicap pedas ini wajib cuba! Memang tak menyesal bila buat, memang sedap sangat. Selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.