Mesti ramai peminat udang kat sini, udang ni memang jadi ramai yang suka makan. Masak apa pun sedap guna udang. Resepi kali ni kami akan kongsi Resepi Udang Butter Milk yang creamy dan sedap!
Udang masak apa pun sedap, tapi bila asyik masak hidangan kari, sambal dan masak cili padi je boleh bosan jugak. Jom kita cuba masak udang butter pulak, lain sikit dari biasa.
Udang butter milk ni lebih kurang udang salted egg cuma tak letak salted egg je, dan berkuah sedikit. Rasa yang creamy dari susu memang amat menyelerakan.
Sesetengah orang mungkin tidak biasa makan masakan yang rasa creamy Susu dengan nasi. Tapi, percayalah udang butter ni sedap sangat sampai anak-anak boleh makan bertambah-tambah.
Resepi udang butter milk ini telah dikongsi oleh Huda Syuhadah. Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan hidangan udang butter milk yang sedap.
RESEPI UDANG BUTTER MILK
Resepi udang butter milk ni agak berkuah, kalau yang tidak mahu terlalu berkuah boleh cuba kurangkan susu atau pekatkan kuah tu.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Udang
- Susu cair/uht /freshcream
- 1 biji bawang besar ( potong bulat )
- 3 biji awang putih ( tumbuk )
- 1 @ 2 biji awang merah ( tumbuk )
- Butter
- Sebuk kunyit ( Gaul dengan udang )
- Daun kari
- Tepung jagung
- Cili api
CARA-CARA PENYEDIAAN UDANG BUTTER MILK
▶️ Udang digaul dengan kunyit dan daun kari, goreng udang dengan butter agak-agak masak.
▶️ Selepas itu, tumis bawang putih dan merah guna butter yang goreng udang tadi.
▶️ Jika rasa butter tu tak cukup boleh tambah lagi, dan goreng sekali dengan daun kari.
▶️ Kemudian, masuk udang, bawang besar, susu dan cili. Kacau-kacau sekejap.
▶️ Selepas itu, masukkan bancuhan tepung jagung tadi untuk pekatkan kuah. Jangan terlalu banyak.
▶️ Akhir sekali perasakan dengan garam dan secukup rasa.
BACA JUGA : Resepi Kuih Gegatas. Kuih Tradisi Banjar Yang Enak Dengan Rasa Lemak Manisnya!
Fuh! masakan dari udang ni memang tak pernah mengecewakan betul, patut ramai yang suka makan udang. udang masak apa pun memang sedap. Tambah lagi masak butter milk ni dengan rasa creamy yang enak dan secukup rasa.
Kalau masak udang jagan terlalu lama sangat, sebab udang cepat masak nanti tak sedap pulak bila dimasak terlalu lama. sebab itulah banyak resepi yang masukkan udang masa hampir semua dah masak.
Senangkan resepi udang butter milk ni, rasa pun sedap. anak-anak memang suka rasa yang creamy ni. Ibu-ibu boleh cuba hidangan ini dirumah pasti tak menyesal. Selamat mencuba!