Resepi Butter Chicken Yummy. Resepi Versi Paling Mudah Dan Jimat Masa!

0 669

Masakan butter atau buttermilk ni memang jarang orang masak di rumah. Asyik masak gulai, sambal dan goreng-goreng je. Resepi butter chicken ni salah satu masakan yang ringkas dan cepat. Jom sekali sekala cuba resepi butter chicken yummy untuk dihidangkan pada keluarga. Pasti suami dan anak-anak akan suka.

Bukan sahaja masak ayam, anda juga boleh gunakan udang, sotong atau ketam dengan resepi yang sama. Rasanya memang sedap dengan kuah berlemak dan wangi. Tak dinafikan juga masakan yang pernah viral ni menjadi kesukaan orang ramai.

Cara penyediaan resepi ni sangat mudah dan simple. Bahan yang digunakan pun tidak renyah. Namunya hasilnya macam makan dekat restoran mewah. Tapi apa-apa pun masak sendiri mesti yang paling sedap dan lazat. Plus boleh makan banyak dan puas-puas.

Selain tu, masakan butter chicken ni bukanlah satu hidangan masakan yang pedas. Lebih kepada rasa lemak dan wangi sahaja. Kalau tekak anda jenis suka makan pedas, boleh masukkan beberapa cili padi potong kedalam masakan ni. Ianya boleh mengikut selera masing-masing.

Sajian yang ringkas dan sedap ni dikongsikan oleh Cik Puan Ariana Sofia Ahmah. Sangat rugilah kalau anda tak mencubanya. Hidangan ni boleh dijadikan sebagai hidangan istimewa untuk dihidangkan pada keluarga anda. Pasti mereka pun berselera menikmati hidangan yang super marvelous ni.

 

RESEPI BUTTER CHICKEN YUMMY

Hidangan butter chicken ni sesetengah orang lebih gemar kering. Dan ada juga suka jika ianya sedikit berkuah. Namun ianya terpulang pada anda. Tanpa membuang masa apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi butter chicken kali ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 14-16 ketul ayam (dipotong kecik)
  • 1 cawan susu segar
  • 7 sudu butter
  • 20 helai daun kari
  • 4 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu serbuk lada sulah (lada putih)
  • Garam (secukup rasa)
  • 3/4 sudu besar gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu tepung jagung (untuk kuah)
CARA PENYEDIAAN BUTTER CHICKEN YUMMY:

▶️ Mula-mula masukkan telur dan serbuk lada putih. Kacau@gaul sebati dengan ayam.

▶️ Perap sekejap je dalam 10-15 minit.

▶️ Dalam bekas lain campurkan tepung gandum dan tepung jagung. Lepas tu masukkan garam dan kacau sebati.

▶️ Masukkan ayam yang dah diperap tadi dan gaul dengan tepung. Pastikan semua di salut.

▶️ Goreng ayam dengan minyak yang banyak dan panas. Bila nampak dah kekuningan@masak boleh angkat. Pastikan tos dulu ayam ni. Ranggup ayam ni.

▶️ Dalam kuali panaskan butter dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Kacau dan masak sehingga bawang naik bau. Masukkan pula daun kari dan cili api. Kacau sehingga sebati.

▶️ Bila dah semerbak bau daun kari, masukkan pula susu segar. Masukkan pula tepung jagung. Fungsinya supaya kuah jadi pekat. Masukkan perasa jika nak.

▶️ Bila kuah dah mendidih dan pekat sikit, terus masukkan ayam yang dah goreng tadi. Kacau sehingga sebati dan pekat. Kalau nak berkuah, jangan masak lama sangat.

▶️ Kacau sehingga sebati dan pekat. Ok dah siap, bolehlah makan dengan nasi.

 

BACA JUGA: Resepi Shashuka Mediterraean Ala Kacang Pool Yang Pasti Sedap Dan Menyelerakan. Anda Wajib Cuba!

 

Nyummy! Dan siap! Selain rasanya sangat sedap malah bau aroma pun wangi semerbak. Makan dengan nasi pun dah cukup menyelerakan dah. Hidangan yang simple ni juga sesuai untuk anak-anak. Sebab meraka mesti suka makanan berlemak dan tak pedas macam ni.

Kalau makan dekat restoran sepinggan pun dah mahal. Belum lagi dihidangkan dengan lauk lain. Buat sendiri lagi sedap, berbaloi-baloi dan lebih puas hati. Kalau nak tukar kepada udang pun boleh. Lagi sedap dengan rasa manis-manis udang.

Jadi jangan lupa untuk mencuba resepi butter chicken yang yummy ni. Pasti akan suka sebab hasilnya memang terbaik dan sangat menyelerakan. Semoga dengan perkongsian ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.