Resepi Roti Bakar Sosej Cheese Marvelous, Hidangan Sarapan Pagi Anak-Anak. Confirm Laju Je Anak-Anak Makan!

0 1,214

Kadang-kadang waktu pagi ni mak-mak selalu pening nak buat sarapan apa untuk dihidangkan pada anak-anak? Asyik buat nasi goreng, roti kaya, nasi lemak muak jugak kan. Jadi apa kata try menu yang ringkas iaitu resepi roti bakar sosej cheese leleh ni. Tak perlu bahan banyak-banyak sebab anak-anak ni kalau bahan banyak bukan suka pun.

Asalkan ada benda favourite mereka macam sosej dan cheese tu pun bukan main suka dah. Confirm kalau buat cikit-cikit tak cukup. Mau tak mau 2-3 keping sorang. Yelah siapa yang tak suka makan roti bakar sosej cheese ni. Rasanya yang cukup enak dan lemak berkrim lagi.

Selain cara penyediaan yang mudah dan bahan yang digunakan pun tak renyah. Nak buat pun tak ambil masa yang lama. Memang sesuai sangat nak hidangkan pada anak-anak. Selain roti ni sedap, ia juga cukup mengenyangkan sebenarnya. Asasnya ada roti yang disapu mentega, diletakkan kepingan sosej serta cheese akhir selalu disapu dengan sos.

Mau tak kenyang. Hidangan ni juga sesuai untuk dijadikan bekal sarapan untuk anak-anak ke sekolah. Sedap dan kena dengan selera. Resepi yang simple ni dikongsikan oleh Ummu Ilham Humaira. Nak jadikan makanan santai-santai waktu petang pun boleh. Tak menjadi masalah.

Selain kaedah penyediaan roti ni dibakar. Anda juga boleh mengunakan kaedah kukus. Rasanya juga sedap dan enak. Kalau anda nak guna roti panjang pun boleh tak menjadi masalah. Potong je bahagian tengah lepas tu, letak sosej dan cheese dan kemudian di bakar. Wah sangat simple! Jom kita try.

 

RESEPI ROTI BAKAR SOSEJ CHEESE

Mudah je nak buat makanan santai ni. Pakai roti gardenia putih pun jadi. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba! Jom tanpa membuang masa lagi apa kata kita tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana penyediaan resepi roti bakar sosej cheese disajikan.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Roti slice
  • Marjerin
  • Sos pasta
  • Sosej
  • Slices cheese
  • Mix herbs
CARA PENYEDIAAN ROTI BAKAR SOSEJ CHEESE :

▶️ Mula-mula rebus sosej sekejap. Tak rebus pun boleh. Lepas tu potong bulat-bulat.

▶️ Kemudian sapu roti dengan marjerin. Nak gunakan planta pun boleh.

▶️ Kemudian sapukan dengan sos pasta. Lepas tu susun sosej yang telah direbus tadi atas roti.

▶️ Letakkan kepingan cheese dan taburkan sedikit mix herbs untuk lebih wangi.

▶️ Kemudian bakar pada suhu 170 selama 15 minint. Selamat mencuba!

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Masin Kurau Cili Kering Yang Super Nyummy. Hanya Tambah Rencah Sos Tiram Je, Cukup Padu Rasanya!

 

Fuhh! Sangat simple hidangan kali ni. Main sapu-sapu dan susun bahan je dah siap. Kalau nak garing dan rangup cikit. Bakar lebih lama. Ikutlah anda suka macam mana. Hidangan ni selain anak-anak orang dewasa pun suka. Rasa cheese lelah yang berkrim memang bikin terliur.

Ada taburan mix herbs tu sebenarnya buatkan lebih sedap sebab mix herbs tu ada aromanya. Tapi tak perlulah banyak-banyak. Sikit pun dah memadai. Cukup rasa cikit digigit dan aroma yang wangi. Tapi kalau tak stock mix herbs dirumah, boleh skip dari letak, tak menjadi masalah. Terpulang pada anda.

Tambah sedap lagi boleh picit sedikit mayonis dan sos diatas roti. Rasanya lagi padu. Memang rugi tau kalau anda tak mencubanya. Adalah selbagai rasa dan lebih menarik bila dihidangkan. Semoga dengan perkongsian resepi roti bakar sosej cheese ni dapat memberikan anda manfaat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.