Resepi Karipap Telur @Karipap Giant Paratha. Sedap, Lembut Dan Isi Dalam Padat!
Karipap merupakan antara menu pilihan orang ramai untuk sarapan pagi ataupun minum petang. Karipap merupakan sejenis makanan yang menjadi kesukaan ramai rakyat Malaysia. Hari ini nak share resepi karipap telur atau @karipan giant paratha. Nama resepi je panjang tapi cara buat cukup senang.
Karipap terdapat pelbagai jenis perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap seperti sardin, kentang, daging dan sebagainya. Jarang kita dengar karipap telur kan, karipap telur merupakan antara karipap yang sangat sedap kerana inti berasas telur, cili dan bawang sahaja. Menarikkan.
Cara penyedian karipap telur juga sangat mudah hanya menggunakan telur dan kulit karipap sahaja. Anda boleh mengunakan kulit karipap frozen atau boleh buat sendiri, namun di pasar raya banyak menjual pelbagai jenis kulit karipap, ini lagi memudahkan kita kerja untuk memasak.
Disebabkan penyediaan karipap ini sangat mudah apa kata anda follow resepi yang dikongsi oleh penguna facebook cik puan Sakura Hanami. Menu yang sangat sedap tapi mudah nak penyediaannya. Bila buat sendiri lagi puaskan makan. Tak rugi cuba tau!
Karipan telur @karipan giant paratha juga sesuai untuk majlis kecik-kecik, biasanya memang karipap in wajib ada dan antara menjadi kuih yang paling laju habis. Kaedah penyediaan karipap boleh digoreng ataupun boleh mengunakan airfryer untuk mengurangkan minyak.
RESEPI KARIPAP TELUR @KARIPAP GIAT PARATHA
Untuk buat karipap telur ini memang saya gunakan kulit karipap frozen jenama “kawan’ yang plastik warna hijau, kulit karipap ini lebih lembut dan lebih sedap, lebih rasa lemak- lemak susu. Wah sedapkan. Tapi kalau anda tak jumpa jenama ini, anda boleh guna jenama mana- mana sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kulit karipap
- Telur
- Bawang merah
- Garam
- Daun sup
CARA PENYEDIAAN KARIPAN TELUR @KARIPAP GIAT PARATHA :
▶️ Keluar kulit karipap dan letak dipinggan yang berlekuk, untuk memudahkan letak inti.
▶️ Kemuadian letak bawang, dan cili.
▶️ Selepas itu, pecah letakkan telur dan taburkan sedikit garam.
▶️ Kemudian tutup dan lilitkan kulit karipap supaya tidak terbuka semasa goreng.
▶️ Panaskan minyak, untuk mengoreng, goreng sehingga masak.
▶️ Gunakan airfryer pun boleh.
▶️ Siap untuk dihidang.
BACA JUGA : Resepi Kuih Lapis Tembikai Yang Lemak-Lemak Manis. Cantik Dipandang Enak Dirasai!
Dah siap! Pasti sedapkan. Bolehlah dihidangkan untuk sarapan harini ataupun minum petang. Karipap telur ini intinya sangat penuh. Kalau anak-anak makan sebiji pun dah kenyang, kalau makan suam-suam panas, dihidangan bersama air kopi cepat je habis licin karipap ini.
Jika anda suka karipap ini boleh follow resepi dekat atas dan boleh buat banyak-banyak dan boleh difrozenkan. Tapi kalau buat yang fresh punya mesti lebih sedap, lembut dan lemak-lemak susu. Kalau saya, saya suka cicah dengan sos ataupun kuah cili merah ianya bergantung pada citarasa masing-masing.
Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi karipap telur atau @karipan giant paratha ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi ini yang sangat sedap ini. Selamat mencuba.