Cara Paling Senang Buat Bihun Goreng Tomyam Yang Super Sedap. Sekali Makan Pasti Ketagih!
Sarapan pagi syok kalau masak bihun? Tapi kalau asyik masak bihun goreng biasa, bihun goreng singapore bosan juga kan! Jadi apakata hari ni kita cuba buat resepi bihun goreng tomyam pula untuk dihidangkan pada keluarga. Pasti mereka akan suka. Pelbagai jenis lauk yang boleh kita tambah seperti isi ayam, sotong dan udang dan sebagainya.
Selain rasanya yang sedap malah aroma bau pes tomyam dan daun limau purut memang membangkitkan selera. Resepi bihun goreng tomyam ni anda boleh buat dua versi sama ada nak masak kering-kering sikit atau buat style basah sikit. Cuma yang garing cikit bihunnya ni lebih sedap. Tapi ianya terpulang pada selera anda.
Resepi bihun goreng tomyam ni kalau nak pedas atau nak kurang pedas anda boleh adjust cili kering kisarnya. Atau boleh letak hirisan cili je nanti tak perlu letak cili kering kisar. Cukup menggunakan pes tomyam sahaja. Sama juga kalau nak lebih masam pun anda boleh adjust ikut citarasa. Itu sebabnya kalau masak sendiri lebih untung, anda boleh sesuaikan bahan dengan tekak masing-masing.
Sebenarnya nak masak bihun goreng tomyam mudah je. Bahan yang digunakan pun tidak renyah. Hidangkan ni lagi sedap kalau masukkan sekali ayam, sotong atau udang dan juga jangan lupa masukkan sayuran lain sebagai penambah rasa. Pasti marvelous bihun goreng tomyam anda nanti.
Resepi yang enak ni rugi lah kalau tak mencubanya. Jom lihat perkongsian resepi oleh Cik Puan Umi Watie. Hidangan ni memang sesuai untuk dihidang untuk sarapan pagi suami dan anak-anak. Confirm bertambah-tambah dibuatnya. Hanya menggunakan rencah pes tomyam hasilkan pasti anda akan suka.
RESEPI BIHUN GORENG TOMYAM
Untuk resepi masakan yang berasaskan tomyam, bahan wajib ada ialah serai, daun limau purut dan cili. Bila ada bahan asas ni pasti masakan anda lagi sedap. Anda pun pasti tak sabar nak cuba resepi ni kan. Jadi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 300 g bihun
- 2 sudu pes cili
- 2 sudu pes tomyam
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sawi
- Lobak merah
- Udang
- Sotong
- Fishball
CARA PENYEDIAAN BIHUN GORENG TOMYAM :
▶️ Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang kita kisar. Letak pes tomyam dan pes cili. Tumis sampai pecah minyak. Bawang merah tadi tu separuh je kita kisar.
▶️ Bawang merah yang separuh lagi tu hiris saja. Masukkan dan tumiskan lagi sampai bawang layu.
▶️ Masukkan air 2 cawan. Biarkan dia menggelegak.
▶️ Bila dah menggelegak tu masukkan udang dan sotong. Kalau nak guna ayam ke daging ke semua boleh.
▶️ Bihun yang telah direndam sampai lembut. Masukkan dalam kuali. Gaulkan rata.
▶️ Masukkan sawi dan lobak merah. Perasakan dengan garam dan gula.
▶️ Paling penting tauge, tapi kalau tak suka boleh abaikan. Matikan api, dah siap.
▶️ Tadaaaaaa. Jom makan. Bihun TomYam is done!
BACA JUGA: Resepi Nasi Ulam Yang Super Sedap. Boleh Juga Jadi Menu Diet Yang Sihat!
Yummy, bihun goreng tomyam siap untuk dihidang. Nampak sangat menarikkan. Hidangan ni cukup lengkap dengan lauk dan sayur. Selain buat sarapan, nak hidangkan waktu tengahari atau malam pun tak menjadi masalah sebab ianya sangat mengenyangkan dan sangat menyelerakan.
Ada lauk udang, sotong dan sayur memang lazat dan padu. Kalau di kedai nak dapatkan macam ni memang susah. Berbaloi kan buat sendiri. Dapat nikmati sekeluarga. Yang penting sedap, cukup rasa dan aroma pes tomyam yang cukup wangi dan menyelerakan.
Lepas ni kalau teringin nak mencuba resepi ni anda boleh follow resepi yang dikongsikan ni. Semoga dengan perkongian resepi bihun goreng tomyam ni dapat memberikan anda manfaat. Anda juga boleh share resepi ni pada kawan-kawan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!