Cara Buat Pasta Goreng Bercheese Yang Sedap. Hidangan Simple Untuk Seisi Keluarga!

0 1,243

Kalau sebut pasta goreng mesti anak-anak akan teruja. Tak tahulah kenapa kan. Mungkin sebab pasta ni kena dengan citarasa mereka berbanding mee kuning, bihun atau nasi. Jadi jom follow perkongsian resepi pasta goreng bercheese yang sedap. Menu ni sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi anak-anak. Pasti berselera anak-anak makan nanti.

Resepi ni sangat mudah dan ringkas je. Kadang-kadang menu yang simple inilah yang kena dengan selera. Sesekali masak pasta goreng untuk anak-anak apa salahnya. Anak-anak pun kadang-kadang dah bosan asyik makan mee goreng, nasi goreng atau roti je untuk sarapan pagi mereka. Bila masak itali food ni geranti happylah mereka.

Cara penyediaan resepi sangat mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Rasa hidangan yang berlemak-lemak cheese memang heaven sangat. Selain tu menu juga tak pedas sangat, anak-anak pun boleh makan.  Tapi bagi suka makan pedas, bolehlah tambah cili flake. Bila buat sendiri terpulang pada anak nak adjust makanan anda mengikut tekak masing-masing.

Aroma tumisannya sangat wangi memang membangkitkan selera makan. Untuk menambah lagi kesedapan dalam masakan ni, anda boleh masukkan daging. Tapi kalau nak masuk udang, ayam sosej pun boleh. Ikutlah bahan apa yang ada dalam peti ais kat rumah tu.

Resepi yang mudah dan sedap dikongsikan oleh Cik Puan Umi Watie. Bagi anda belum cuba resepi ni boleh follow resepi yang dikongsikan beliau. Memang cukup rasa lemak-lemak berkrim. Selain dihidangkan untuk sarapan pagi, anda juga boleh hidangkan pada bila-bila yang anda suka.

 

RESEPI PASTA GORENG BERCHEESE YANG SEDAP

Bahan-bahan untuk resepi ni ringkas dan mudah je. Hanya perlukan 6 bahan je. Bila dah cukup dengan bahan-bahan ni, dah memadai untuk berikan rasa padu. Jadi tanpa buang masa apa kata kita lihat bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Pasta
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 bawang holland
  • 3 tangkai cili kering
  • 2 sudu butter
  • Daging
CARA PENYEDIAAN PASTA GORENG YANG SEDAP : 

▶️ Tumiskan semua bahan seperti bawang putih, bawang holland, cili kering. Tumis sampai wangi.

▶️ Bila bahan tumisan tadi dah wangi, masukkan daging. Hiris nipis-nipis supaya cepat empuk.

▶️ Biarkan sampai air daging sedikit mengering. Guna api perlahan saja.

▶️ Masukkan pasta yang dah direbus terlebih dahulu. Guna pasta jenis shells atau apa-apa pun boleh.

▶️ Masukkan 3 keping keju. Tak bubuh pun takpe. Kalau bubuh lagi sedap. Ikut selera anda.

▶️ Taburkan daun parsley. Perasakan dengan garam. Bubuhlah ikut selera. Gaulkan rata. Matikan api.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Siakap Pla Rad Prik. Resepi Ala Thai Yang Mewah Dengan Rasa!

 

Waah! Bila tengok pada resepi, senang dan mudah je nak buat. Ni kalau dah siap berselera anak-anak makan. Siap bertambah-tambah lagi. Kalau anda yang suka pedas sebelum makan tu boleh lah taburkan chili flake. Lagi lah mantap bila makan. Tekak melayu memang tak lari dari rasa pedas.

Lagi-lagi bila makan waktu panas-panas memang sedap dan confirm tak cukup kalau hanya makan sepinggan je. Nak buat makan malam pun boleh, atau nak buat bekal anak-anak ke sekolah dan kepejabat pun boleh tak jadi masalah. Terpulang pada anda.

Resepi dah ada boleh lah buat pada keluarga anda nanti. Semoga dengan perkongsian resepi pasta goreng bercheese sedap ni memberi anda manfaat. Boleh share resepi juga pada kawan-kawan anda. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.