Resepi Puding Buah Naga. Hidangan Pencuci Mulut Yang Menyegarkan Dengan Menggunakan Buah-Buahan Segar!
Kalau sebut pasal puding pasti ramai yang tahu puding sedap dimakan ketika puding sejuk-sejuk. Resepi Puding Buah Naga ini sangat sedap dan segar kerana menggunakan buah naga betul.
Puding buah yang menggunakan buah-buahan yang segar memang sedap dimakan, sekali gigitan boleh rasa masam manis buah. Kalau guna buah yang dalam tin pun boleh, cuma buah dah jadi terlalu manis sebab buah dalam tin dah direndam dalam air gula.
Buah naga memang sedap dimakan begitu saja, rasa masam manis buah dan warna purple yang memukau boleh menambat hati si pemakan. Siapa yang tak suka makan buah nagakan.
Buah naga bila dibuat puding warnanya sangat menawan sekali. Hasil puding pun sangat cantik. Jika lebihan buah naga boleh ibu-ibu cuba buat resepi puding buah naga ini.
Resepi puding buah naga senang untuk dibuat dan sangat menyelerakan. Resepi ini telah dikongsi oleh Laili Adam di facebook. Jom cuba resepi puding buah naga ini.
RESEPI PUDING BUAH NAGA
Puding buah naga menggunakan bush Naga fresh yang dipotong dadu dan dimasukkan kedalam puding. Buah naga ada dua warna iaitu merah dan putih. Tapi kali ini kita menggunakan bush naga merah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 20gm agar-agar tali
- 1400ml air
- 1 1/2 cawan gula
- 1/2 tin @ 200ml susu cair
- 2 titik esen vanilla
- 1 @ 2 biji buah naga Segar ( dipotong dadu )
CARA-CARA PENYEDIAAN PUDING BUAH NAGA
▶️ Mula-mula masak agar-agar dengan air sampai agar-agar betul-betul hancur.
▶️ Selepas itu, masukkan gula dan kacau sampai gula larut
▶️ Ambil sedikit agar-agar dan tuang dlm acuan saiz 9×9 yang di basahkan sikit (dalam 2 senduk)
▶️ Kemudian, biarkan keras sedikit dan susun buah naga didalam agar-agar tadi.
▶️ Selepas itu, tuang lagi agar-agar sampai buah tenggelam sedikit.
▶️ Masukkan 1/2 tin susu cair dan esen vanila dalam baki agar-agar yang dimasak tadi dan kacau sebati.
▶️ Akhir sekali, tuang agar-agar susu dalam loyang yang ada potongan buah tadi (kalau agar-agar yang ada buah tu dah keras, kais-kaiskan sikit guna garfu baru tuang agar-agar susu tadi.
▶️ Masuk dalam peti sejuk, tunggu agar-agar mengeras.
▶️ Cara potong sisipkan tepi loyang dengan pisau dan terbalikkan loyang atas papan kek dan tekan tengah-tengah loyang pelan-pelan dan potong.
BACA JUGA: Resepi Bihun Goreng Kicap Seafood. Hidangan Simple Tapi Menyelerakan Mewah Dengan Seafood!
Sangat menyelerakan dan menyegarkan bila dapat makan puding Yang menggunakan buah-buahan segar ni. Tambahan pula baru keluar dari peti sejuk dan makan ketika puding masih sejuk.
Bukan setakat buah naga sahaja yang boleh dibuat puding, buah-buahan lain pun boleh tapi menggunakan buah yang lembut-lembut sahaja yang mudah dipotong dan dimakan.
Resepi puding buah naga amat sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut dan hidangan minum petang bersama family. Selamat mencuba!