Resepi Ikan Keli Bakar Yang Mudah Dan Sedap. Cicah Dengan Cili Kicap Memang Padu!

0 3,648

Resepi ikan keli bakar ini adalah salah satu cara mudah, cepat tetapi sangat sedap. Bagi anda yang penggemar ikan air tawar lauk ini yang wajib anda try. Ikan keli juga merupakan antara ikan sungai yang popular kerana harganya yang murah dan rasanya yang sedap.

Kebiasaan ikan keli ini digoreng dan dimasak sambal berlado. Jika di Negeri Sembilan pula dijadikan menu ikan keli salai masak lemak dicampur buah belimbing. Menu ikan keli bakar sangat simple dan berkhasiat sesuai yang tengah diet. Bila masak ikan keli bakar tak sah tanpa cili kicap atau sambal belacan.

Untuk menghilangkan bau hanyir, ikan keli perlulah dibasuh bersih menggunakan asam limau atau asam jawa.  Selepas itu, gunakan tepung gandung pula untuk hilangakn lendirnya. Rasa isi ikan keli bakar yang manis dan lembut memang syok dimakan dengan nasi putih.

Cara penyediaan resepi ini juga ringkas dan mudah. Bahan-bahan yang diguna pun tidak renyah. Ikan keli bakar bila dibalut dengan daun pisang lagi sedap. Bau aromanya dapat membangkitkan selera makan. Menu ini juga sesuai dijadikan menu hidangan tengahari ataupun malam. Makan dengan nasi putih ditambah pula ulam timun atau ulamam kampung pasti bertambah-tambah dibuatnya.

Resepi ikan keli bakar ini dikongsikan oleh En Khabbab Jamalludin. Jika anda penggemar lauk berasaskan ikan keli. Anda wajib cuba resepi ini. Menurut beliau tip untuk masak ikan keli tanpa meletop ialah ikan keli hanya bakar. Confirm ikan keli anda tidak akan meletop.

 

RESEPI IKAN KELI BAKAR 

Hidangan ikan keli bakar ini juga banyak dihidangkan di kedai-kedai makan. Ia selalu dihidangan untuk makan tengahari. Dan disertakan cili kicap ataupun sambal belacan. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kite tengok  bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana penyediaan ikan keli bakar ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Ikan keli (cuci dengan menggunakan limau dan tepung gandung)
  • Garam
  • Kunyit
  • Asam jawa
  • Maggi cukup rasa
  • Sudu sos ikan
  • Kicap pekat
  • Minyak zaitun
  • Daun pisang

CARA PENYEDIAAN IKAN KELI BAKAR : 

▶️ Bersihkan ikan keli dengan menggunakan limau dan tepung gandung untuk mengelakkan dari berbau hanyir dan lumurkan dengan serbuk kunyit.

▶️ Perasakan dengan maggi cukup rasa. Kemudian, tambahkan satu sudu sos ikan.

▶️ Masukkan 2 sudu kicap pekat, tak kisah jenama apa.

▶️ Kemudian, gaul kesemua bahan tersebut dan tambah sedikit minyak zaitun. Gaul sehingga sebati.

▶️ Balut ikan menggunakan daun pisang. Bakar ikan tersebut sehingga masak.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Biskut Sarang Semut Yang Sedap Dan Cair Dimulut. Hanya Mengunakan 3 Jenis Tepung Sahaja Dan Hasilnya Pasti Anda Teruja!

 

Wah! Confirm puas hati bila makan keli bakar yang super sedap ini. Terutamanya yang mengamalkan menu diet dan berkhasiat. Anda boleh cuba resepi yang dikongsikan ini. Penyediaanya juga amat ringkas dan mudah. Sesiapa pun mampu menyediakan sajian ikan keli ini.

Ikan keli ini sedap jika dimasak mengunakan arang biasa. Tapi kalau kaedah itu agak renyah. Anda boleh je masak mengunakan kuali leper. Terpulang pada keadah penyediaan masing-masing. Namun, rasa ikan keli bakar ini tetap sedap dan menyelerakan.

Terima kasih kerana berkunjung ke page kami. Selain daripada resepi ikan keli bakar ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya. Semoga resepi juga dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba!.

Leave A Reply

Your email address will not be published.