Resepi Char Kuey Teow Sedap. Hidangan Ringkas Dan Menyelerakan. Senang Je Nak Buat!

0 9,128

Resepi char kuey teow merupakan hidangan yang simple dan sedap. Char kuey teow atau lebih dikenali dengan kuey teow goreng salah satu hidangan yang popular di kalangan masyarakat cina.

Resepi asal char kuey teow sebenarnya digoreng kering, tapi telah diubah oleh masyarakat melayu menjadi berkuah dan basah. Mungkin selera orang kita lebih suka makan char kuey teow yang basah-basah.

Kebiasaannya char kuey teow akan digoreng dengan isi kerang, udang dan telur. Kalau datang ke Penang tak sah kalau tak singgah makan char kuey teow, aroma semasa mengoreng char kuey teow memang menyelerakan.

Teringin nak makan char kuey teow dekat penang? Tapi tak boleh merentas negeri sekarang ni. Cuba resepi yang saya kongsikan ini. Boleh cuba buat dirumah dan makan seisi keluarga. Resepi char kuey teow kali ini dikongsi oleh SuiSan Aliezsha.

Nak buat untuk berbuka puasa boleh, nak buat untuk makan moreh pun tak ada maslaah. yang pasti, sekali dah rasa memang tak cukup sepinggan! Jom kita tengok bahan-bahannya.

 

RESEPI CHAR KUEY TEOW

Resepi kali ini sangat simple dan bahan-bahannya sangat mudah untuk didapati. Resepi yang wajib dicuba sebab lebih jimat dan mudah untuk dibuat dirumah. Jom kita tengok cara memasak char kuey teow.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Kuey teow ( cuci ditoskan )
  • Cili kering dan bawang besar ( dikisar )
  • 1 sudu Cili sos
  • 5 sudu Kicap manis
  • 1 sudu Kicap pekat
  • 1 sudu Sos tiram
  • Bawang putih ( diketuk )
  • Taugeh dan kucai
  • Telur
  • Udang yang direbus ( asingkan air )
  • Kerang ( direbus )

CARA-CARA PENYEDIAAN CHAR KUEY TEOW : 

▶️ Udang dan kerang perlu direbus terlebih dahulu.

▶️ Air rebusan dari udang perlu disimpan dan akan digunakan semasa mengoreng nanti.

▶️ Panaskan kuali, dan masukkan minyak.

▶️ Kemudian, tumis bawang putih dan 3 sudu besar cili kering yang diblend dgn bawang.

▶️ Slepas itu, masukkan udang, sos cili, sos tiram, kicap pekat, garam dan 5 sudu kicap manis. Kacau.

▶️ Masukkan air rebusan udang sedikit dan pecahkan telur.kacau sebatikan.

▶️ Akhir sekali baru masukkan kerang, kuey teow, taugeh dan kucai. Masak sekejap dan siap.

 

BACA JUGA : Resepi Biskut Cornflakes Choc Chip Yang Ranggup. Resepi Yang Mudah Dan Senang Untuk Dibuat!

 

Tengok char kuew teow dah siap terhidang dalam pinggan memang menyelerakan ditambah pula telur mata diatas, memang perhh! Orang penang kata takleh nak habaq sedap dia lagu mana.

Tips untuk char kuey teow kena menggunakan api yang besar semasa mengoreng dan dimasak satu per satu. Kalau perasan char kuey teow akan dimasak satu per satu dan tak di masak banyak terus. Sebab itu rasanya sangat sedap.

Orang kata kunci untuk menyedapkan lagi char kuey teow makan dengan cili jeruk baru menjadi rasanya. Resepi char kuey teow yang cepat dan mudah wajib cuba buat dirumah. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.