Resepi Roti Sangkaya Yang Super Gebu Dan Sedap. Kaya Dengan Rasa Lemak Manis, Anda Wajib Try!
Anda peminat roti sangkaya? Biasanya kalau pergi makan kat kedai Boat Noodle mesti menu ini jadi pilihan utama kan? Roti kukus dicicah bersama sangkaya yang lemak berkrim memang buat selera kita bertambah-tambah. Apa kata hari nie kita buat je dirumah, resepi roti sangkaya yang super gebu yang sangat mudah dan sedap ni. Nak makan banyak-banyak pun boleh.
Sebenarnya, tidaklah susah sangat nak buat roti sangkaya ini. Boleh follow step by step resepi yang dikongsikan. Apa yang penting kalau buat dirumah anda boleh mengubah rasa mengikut selera anda. Biasa kalau makan kat kedai rasa terlebih manis, kurang lemak, roti tak lembut dan macam-macam lagi. Jadi bila buah kat rumah, kita oleh ejas mengikut citarasa masing-masing.
Kebiasanya sangkaya ni memang enak jika dimakan bersama roti banggali kerana ianya lebih lembut dan gebu. Tapi nak guna roti gardenia pun boleh. Anda boleh potong kepada 4 bahagian kepingan roti dan kukus seperti biasa. Hasilnya, roti akan menjadi lembut dan super sedap apabila dicicah bersama sangkaya nanti.
Cara penyedian yang cukup simple dan bahan yang digunakan pun tidak lah renyah. Hanya menggunakan 5 bahan saja untuk hasilkan sangkaya yang super enak. Rasa lemak-lemak manis santan memang terbaik. Tapi ianya terpulang pada anda kalau nak ganti santan kepada susu segar. Kalau nak masuk dua-dua pun boleh, lagi sedap.
Nak sedia resepi ini tak sampai 10 minit pun, sangat mudah. Pada suri rumah yang nak buat side income, bolehlah jual menu roti sangkaya ini. Dijamin memang sedap dan disukai ramai! Resepi yang simple di kongsi oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Marina Ismail. Terima kasih sudi berkongsi resepi yang enak ini.
RESEPI ROTI SANGKAYA GEBU
Hidangan yang simple ini anda boleh sajikan untuk sarapan ataupun minum petang. Hidangan yang istimewa ini mesti anak-anak pun suka. Tanpa membuang masak lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 10 helai daun pandan (kisar dengan setengah cawan air, tapis ambil jusnya)
- 1 biji telur
- 200ml santan
- 250ml susu cair
- 2 sudu besar gula pasir
- ½ keeping gula melaka
- 2 sudu besar tepung jagung
- Sikit pewarna hijau
- Secubit garam
CARA PENYEDIAAN ROTI SANGKAYA GEBU :
▶️ Blend daun pandan dengan setengah cawan air. Tapis air pandan.
▶️ Campurkan semua bahan di atas dalam periuk. Guna whisk sampai semua bahan larut dan tak berketul.
▶️ Lepas tu masak atas api sederhana dan sentiasa kacau hingga adunan pekat likat atau pekat, anggaran masa lebih kurang 20 minit.
▶️ Bila adunan dah likat, padam api dan tunggu sejuk sebelum hidang. Sebelum hidang tu tuang sikit susu cair di atas permukaan sangkaya untuk rasa lemak berkrim.
▶️ Roti kepada 4 bahagian. Kemudian kukus supaya roti itu lebih lembut.
▶️ Paling sedap makan dengan roti stim. Match made in heaven.
BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Bali Viral Yang Simple Dan Marvelous. Rugi Kalau Tak Cuba Memang Sedap!
Tada! Siap untuk hidangakan. Nampak sangat menyelerakan. Kuah Sangakara ini boleh juga dibuat banyak-banyak. Lebihan sangkaya anda boleh simpan di dalam peti sejuk untuk hidangan di lain hari. Proses nya sama juga macam nak buat kaya kena masak sampai mendidih dan letak dalam bekas yang kedap udara.
Sangkaya selain makan dengan roti boleh juga cicah dengan kueh cakoi. Rasa juga pasti enak dan sedap. Lepas ni kalau teringin nak makan roti sangkaya ini boleh buat dirumah je, dah tak perlu pergi ke Boat Noodle untuk mendapat makan yang enak ini.
Buat kat rumah lagi puas hati, boleh hidangkan banyak-banyak untuk keluarga. Malah rasa nya lebih sedap berbanding jika beli dikedai. Semoga dengan perkongsian resepi roti sangkaya ini memberi anda manfaat dan inpirasi untuk mencubanya di rumah. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!