Resepi Ayam Masak Bali Viral Yang Simple Dan Marvelous. Rugi Kalau Tak Cuba Memang Sedap!

0 4,083

Resepi ayam masak bali ini pernah menjadi satu resepi yang viral di facebook. Dikatakan antara masakan yang simple dan rasa juga sangat-sangat sedap. Bahan-bahan yang digunakan mudah sahaja dan masa penyediaan untuk masak ayam bali pun tidak terlalu lama.

Kelainan masakan ni terletak kepada bahan utama iaitu jumlah serai yang banyak dan juga daun kari yang dimasukkan semasa menumis. Aroma serai dan daun kari memang membangkitkan bau dan rasa istimewa. Selain itu, daun kari juga banyak khasiat antaranya dapat mengawal paras gula dalam darah dan boleh mencegah sakit jantung. Jadi nak letak banyak-banyak daun kari pun boleh.

Resepi ayam masak bali ini juga sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi briyani, nasi tomoto dan nasi berperisa yang lain. Rasa yang lemak-lemak manis dari gula melaka memang sedap. Rugi tau tak cuba. Hidangan ini juga sesuai di hidangan pada bila masa ada untuk event ataupun untuk makan harian.

Rasa dan teksturnya yang seakan masakan ala-ala kenduri memang cukup menyelerakan. Yang membezakan resepi ni dengan ayam masak merah ialah tambahan kicap, daun kari dan gula melaka. Namun cara penyediaan hampir sama dan sangat mudah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iatu Cik Puan Ameera.Kepada ibu-ibu yang tengah buntu nak masak apa dengan ayam yang ada dalam peti ais anda boleh cuba resepi viral ini. Pastu anda akan puas hati dan confirm anak-anak pun akan suka.

 

RESEPI AYAM MASAK BALI

Yang baru pertama kali nak mencuba resepi ini, wajib ikut sebijik-sebijik bahan dan cara penyediaanya seperti dibawah. Supaya anda akan mendapatakan rasa yang sebenar. Dan bau dan aroma yang pasti membangkitan selera anda. Jom masak!

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 10 batang cili kering (dikisar)
  • 1/2 inci belacan (dikisar)
  • 1 inci gula nise
  • 1/4 cawan kicap manis
  • Daun kari

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK BALI :

▶️ Ayam tu kita lumurkan sikit dengan garam dan kunyit. Goreng agak-agak jangan sampai kering.

▶️ Baki minyak tadi kita tumiskan daun kari dan serai sampai wangi. Selagi tak wangi jangan masukan sambal cili.

▶️ Bila serai dan daun kari dah wangi masukkan bahan yang kita kisar halus tadi. Tumiskan sampai pecah minyak.

▶️ Tumis api perlahan sampai semua bahan pecah minyak macam ini. Bau wangi je satu dapur. Cili kering tu kalau suka pedas boleh tambah lagi.

▶️ Masukkan air dalam 1 cawan. Guna air dari bekas pengisar tadi jadi keruhlah warna air tu.

▶️ Masukkan kicap manis tadi. Biarkan mendidih ganas. Kita nak semua bahan mesra.

▶️ Masukkan gula nise, gula kerek apa apa lah janji gula. Biarkan semua bahan merenih lagi.

▶️ Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Perasakan dengan garam. Jangan lupa gula juga.  Gaulkan sebati. Tutup api.

Wah dah siap! Mudah dan tak leceh pun kan. Tengok gambar pun dan menarik. Masak dengan nasi putih pun dah cukup dan tak perlu tambah lauk lain dah. Selain makan dengan nasi putih, nak cicah dengan nasi impit, lemang dan roti pun sedap.

Tekstur hidagan ini sedikit lembap basah. Rasa ayam yang garing diluar dan juicy didalam memang sangat sedap tau. Kalau ada dah bosan asyik masak menu yang sama apa kata cuba je resepi ini. Hidangkan pada keluarga pasti bertambah-tambah nasi dibuatnya.

Semoga resepi ayam masak bali yang pernah viral ini bermanfaat buat kita semua. Nak buat hidangan dipagi raya nanti pun boleh. Bila anda mencubanya sekali, anda pasti nak lagi. Boleh juga share pada kawan-kawan supaya sama-sama mendapat manfaat daripada resepi ini. Selamat mencuba dan selamat berjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.