Resepi Lejen Kuih Cara Manis. Bila Dimakan Lembut Di Lidah Cair Di Mulut!

0 2,407

Kuih cara manis adalah salah satu kuih traditional dolu-dolu tapi masih diminati sehingga sekarang. Resepi kuih cara manis pon simple dan senang dibuat di rumah untuk sarapan pagi atau minum petang.

Disebabkan kuih ini manis dan sedap, ianya menjadi kegemaran ramai orang tidak kira umur. Aroma dari daun pandan sangat harum dan membangkitkan lagi rasa kuih cara manis sehingga dapat membangkitkan selera!

Kuih cara manis sudah sinonim dengan warna hijau muda dan bentuk kecil yang comel. Apabila makan boleh terus masuk sebiji ke dalam mulut. Rasanya yang sangat sedap, apabila dimakan dapat dirasa kelembutan kuih dan manis gula yang cair di dalam mulut.

Ada ke yang masih mencari resepi kuih cara manis yang mudah dan senang ni? Resepi yang dikongsi oleh Roslina Shaari Ina Kie boleh dijadikan rujukan untuk mereka yang ingin belajar membuat kuih cara manis ini.

Untuk yang pertama kali nak buat kuih cara ni, boleh ikut je lengkah demi langkah resepi yang saya kongsikan di bawah ni tau.

 

RESEPI KUIH CARA MANIS

Kalau tak ada acuan kuih cara boleh je guna acuan cermai. Bentuk lagi cantik dan comel je. Daun cengkur manis kalau tak ada pon tidak ada masalah, boleh guna daun pandan sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 2 cawan air pandan + cengkur manis ( 5 helai daun pandan + 10 helai daun cengkur manis)
  • ½ kotak kecil santan kotak
  • Secubit garam
  • 1 biji telur
  • Gula untuk inti

CARA PENYEDIAAN KUIH CARA MANIS : 

▶️ Mula-mula ambik daun pandan dan cengkur manis dikisar dengan air.

▶️ Tapis bahan kisar tadi dan jadikan 2 cawan air daun pandan.

▶️ Kemudian campurkan kesemua bahan dan blender sehingga sebati supaya tidak berketul.

▶️ Seterusnya, panaskan acuan diatas dapur gas.

▶️ Acuan kuih cara jangan lupa untuk disapu minyak supaya adunan tidak melekat apabila dikeluarkan nanti.

▶️ Selepas itu, tuang bancuhan tepung kedalam acuan sehingga penuh dan masukkan sedikit gula ditengah adunan.

▶️ Tutup acuan dengan penutup periuk sehingga kuih masak.

▶️ Akhir sekali, setelah masak keluarkan kuih cara manis, ambil 2 biji dan kembarkan.

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Udang Bersama Udang Blackpaper. Sedap Dimakan Bersama Acar Cuka!

 

Haa! Bila buat kuih cara manis menjadi elok je rasa puas hatikan? Tak semua dapat hasil yang cantik, mungkin sebab teknik atau adunan kuih terlalu cair menyebabkan susah untuk dapatkan hasil kuih yang cantik.

Yang paling penting! Jangan lupa acuan disapu minyak terlebih dahulu sebelum tuang adunan kedalam acuan. Kan melekat pulak kuih tu kat dalam acuan.

Resepi kuih cara manis dah ada, acuan kuih pon dah ada, apa lagi boleh lah cuba resepi ni. Pasti anak-anak dan suami suka bila dihidangkan dengan teh panas, makan ramai-ramai. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.