Cara Masak Laksa Utara. Memang Sedap Sehingga Tambah Banyak Kali!
Laksa utara sangat sedap dimakan pula dengan kuah yang pekat dan secukup rasa betul-betul menambat selera. Resepi Laksa utara sangat mudah dengan kuah yang secukup rasa. Kalau makan laksa utara semangkuk memang tak cukup, selagi makan tak sampai kenyang memang tak sah.
Hidangan laksa di sebelah utara boleh didapati pada bila-bila masa. Laksa utara bukan sekadar hidangan yang dimakan pada waktu-waktu tertentu sahaja tapi boleh dibuat sebagai sarapan juga.
Bila berjumpa dengan orang yang memang hantu laksa, setiap hari pasti akan cari laksa untuk makan petang. Di sebelah utara laksa dihidangkan dengan pelbagai lauk, seperti laksa ikan sekor, telur rebus, telur sarang, dan sambal sotong.
Kebiasaan laksa utara akan menggunakan laksa kering dan direbus sehingga lembut. Ada juga laksa beras, laksa beras biasanya akan dibuat homemade dan rasa agak kenyal sedikit dan warna agak kekuningan.
Resepi Laksa utara ini telah dikongsi oleh Azizah Daud di laman Facebook. Resepi ini sangat mudah dan sedap bagi yang pertama kali ingin mencuba.
RESEPI LAKSA UTARA
Kuah laksa yang sedap mesti secukup rasa dengan rasa pedas, masam dan beraroma dari daun kesum dan bunga kantan. Kuah laksa yang pekat lagi sedap sebab akan lebih rasa ikan.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 2 bungkus laksa kering ( rendam dan rebus )
- 10 ekor ikan selayang ( rebus dan asingkan tulang )
- 4 sudu makan cili kering kisar
- 5 biji bawang merah besar
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- Asam keping
- Daun kesum dan bunga kantan
- Garam gula dan serbuk perasa secukup rasa
Bahan untuk ulam
- Daun salad*
- Timun*
- cili padi*
- bawang besar*
- Limau kasturi*
- Telur rebus
- Dipotong
CARA-CARA PENYEDIAAN LAKSA UTARA :
▶️ Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih dan belacan.
▶️ Masukkan bahan kisar tadi kedalam periuk dan letak air sebanyak mana kuah yang kita nak.
▶️ Seterusnya, masuk cili blend tadi dan juga isi ikan yang sudah dikisar.
▶️ Jangan lupa tulang ikan kisar dan tapis masuk sekali dengan kuah air rebusan ikan tadi.
▶️Kemudian, letak asam keping, garam, gula, dan serbuk perasa secukup rasa. Masak sehingga mendidih
▶️ Selepas itu, masuk daun kesum dan bunga kantan rebus hingga masak sesuaikan rasa biar merenih kuah laksa makin lama makin sedap.
BACA JUGA : Resepi Sambal Telur Pecah. Hidangan Penyelamat Yang Mudah Dan Sedap Dimakan Pada Bila-Bila Masa!
Semerbak betul bau kuah laksa, dengan kuahnya yang pekat penuh aroma dari daun kesum dan bunga kantan. Pekena pula masa kuah masih panas-panas memang terangkat habis.
Untuk buat kuah laksa tak semestinya guna ikan fresh, boleh juga guna ikan sardin Yang didalam tin sekali dengan kuahnya. Pasti akan buat kuah laksa sedap sekali.
Resepi Laksa utara ini memang sangat mudah untuk dibuat kerana bahan-bahan semua direbus dan tidak perlu tumis. Kalau rajin boleh buat sambal sotong dan makan dengan laksa. Selamat mencuba!