Resepi Nasi Kari Kambing Tin Adabi, Senang Nak Buat Dan Memang Wajib Dicuba !

0 11,527

Ada ke yang pernah makan nasi kari kambing adabi? Mesti ada yang tidak pernah rasa lagikan. Resepi Nasi Kari Kambing Tin Adabi sangat mudah dan senang untuk dimasak.

Ibu-ibu tak perlu nak serabut-serabut nak fikir untuk masak kari kambing sendiri untuk resepi ini. Kali ini kari kambing kita guna yang dah ready made je atau lebih mudah kari kambing dalam tin dari brand adabi itu je.

Kari merupakan hidangan yang berempah, bahan utama didalam pembuatan kari ialah rempah dan santan. Pengemar kari mesti suka dengan hidangan nasi kari kambing adabi ini kerana rasa rempah kari didalam nasi dimasak sempurna memang secukup rasa.

Mesti ramai yang tidak pernah makan kari kambing tin adabi kan? Mesti tertanya-tanya sedap ke tidak rasa kari kambing yang dah ready made macam tu. Kalau ibu-ibu nak tahu rasanya macam mana, kena cuba buat resepi ini.

Resepi nasi kari kambaing tin adabi tiba-tiba jadi fenomena dan ramai yang pernah buat kata resepi ini sangat sedap. Resepi kali ini dikongsi oleh Kak Amy Zuraidah, ibu-ibu boleh lah cuba resepi ini untuk hidangan makan tegahari atau malam nanti.

 

RESEPI NASI KARI KAMBING TIN ADABI

Ada ke yang masih tercari-cari kari kambing tin adabi ni. Kari kambing tin adabi boleh didapati di mana-mana pasaraya dan kedai-kedai runcit produk muslim. Kalau dah jumpa tu jangan lupa beli lebih tau, nanti tak cukup.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
  • 2 kari kambing tin adabi
  • 5 pot Beras faiza Kashmir basmathi
  • 2 biji bawang besar ( hiris )
  • 4 sekawan
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu butter
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 biji tomato ( dipotong dadu )
  • 1 sudu kecil garam
  • Akar ketumbar
  • ½ tin Susu cair
  • Garam

CARA PENYEDIAAN NASI KARI KAMBING TIN ADABI :

▶️ Beras faiza kasmir perlu dibasuh dan direndam selama 15 minit jika dimasak didalam periuk nasi biasa. Jika dimasak didalam periuk noxxa atau pressure cooker tidak perlu rendam beras terlebih dahulu.

▶️ Seterusnya, masukkan majerin dan minyak masak kedalam kuali.

▶️ Tumis bawang besar , 4 sekawan, tomato dan daun pandan sampai wangi.

▶️ Selepas itu, masukkan kari kambing adabi. Gaul sehingga sebati.

▶️ Masukkan susu cair, akar ketumbar dan persa dengan sedikit garam.

▶️ Kemudian, curahkan kari kambing tadi ke atas beras dalam periuk nasi.

▶️ Tunggu sehingga nasi dah nak kering, dan gaul sehingga rata.

▶️ Selepas masak nasi boleh tabur kismis dan daun ketumbar diatasnya. Siap!

 

Bahan-bahan untuk ayam masak merah :
  • ½ ekor ayam ( dipotong kecil dan gaul kunyit + garam ) goreng separuh masak.
  • 1/3 tin susu cair
  • 3 sudu besar sos cili
  • Perasa
  • Serai
  • Segemgam cili merah besar
  • 2 biji Bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH : 

▶️ Kisarkan cili merah, bawang besar, bawang putih, dan halia.

▶️ Kemudian, panaskan sedikit minyak mengoreng ayam tadi dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan masukkan serai.

▶️ Selepas itu, masukkan ayam, susu cair, sos cili, garam dan perasa.

▶️ Masak ayam sampai empuk dan masukkan sedikit hirisan bawang besar.

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Penang Style. Sekali Makan Tak Cukup Sepinggan!

 

Nampak tak? Buka-buka periuk dah naik bau kesedapan nasi kari kambing adabi ni. Fuh! Mengancam habis bila tengok. Nasi ni lagi sedap kalau dimakan bersama ayam masak merah dan jelatah.

Nasi kari kambing tin adabi ni antara resepi yang viral masa musim PKP hari tu. Rata-rata yang pernah masak nasi kari kambing adabi tahu rasanya sangat sedap dan harum bila dimasak.

Ditambah pula, nasi kari kambing adabi dimakan dengan ayam masak merah dan jelatah memang terangkat habis. Resepi nasi kari kambing tin adabi dapat banyak kongsian di facebook dan rata-rata mengatakan sangat sedap bila dibuat. Selamat mencuba ibu-ibu!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.