Resepi Nasi Udang Bersama Udang Blackpaper. Sedap Dimakan Bersama Acar Cuka!

0 2,023

Jarang-jarang kita dengar nasi udang ni, kebiasaan kita dengar nasi daging, nasi biryani, nasi tomato tapi kali ni kita kongsikan resepi nasi udang bersama udang blackpaper.

Resepi nasi udang bersama udang blackpaper kali ini udang tidak dimasak di dalam nasi sekali, tetapi hanya mengambil jus-jus udang yang dimasak separuh masak.

Untuk membuat nasi udang ni perlu menggunakan udang yang segar dan saiz yang agak besar baru sedap dimakan. Bila dalam pinggan pun nampak berselera je nak makan.

Tak salah sekali sekala tukar menu nasi udang dengan udang balckpaper ni. Pasti anak-anak suka dan tambah berkali-kali. Udang yang digunakan pastikan yang segar supaya rasa manis udang dapat menambahkan lagi rasa nasi.

Resepi nasi udang bersama udang blackpaper dikongsi oleh Nurul Ateekah dilaman facebooknya. Mesti ada yang tengah teringin nak mencuba resepi ini. Jom cuba resepi nasi udang!

 

RESEPI NASI UDANG BERSAMA UDANG BLACKPAPER

Aroma dari stock air udang yang keluar dapat dan diserap oleh nasi dapat menyedapkan lagi nasi udang ini, lepas itu makan pulak dengan udang blackpaper memang terangkatlah.

Bahan-bahan yang diperlukan  :
Bahan-bahan untuk memasak nasi udang
  • 4 pot beras
  • 3 batang serai
  • 1 kg udang
  • 3 sudu besar butter
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • 4 biji bawang putih ditumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • ½ cawan susu cair
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit garam

 

Bahan-bahan untuk memasak udang blackpaper
  • 1 kg udang yang dimasak
  • ½ bawang holand dipotong serong
  • 1 batang cili merah dipotong serong
  • 1 batang cili hijau dipotong serong
  • ¼ biji capsicum kuning ( dipotong )
  • 4 biji bawang putih ( dicincang )
  • 2 cm halia ( dihiris )
  • 1 batang serai ( diketuk )
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk blackpaper
  • 7-8 sudu besar sos blackpaper
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar butter

CARA-CARA PENYEDIAAN NASI UDANG : 

▶️ Mula-mula sekali masak udang dengan 1 sudu besar minyak sehingga separuh masak dan ambil stock air udang untuk memasak nasi.

▶️ Panaskan minyak dan butter didalam periuk nasi.

▶️ Seterusnya, masukkan halia, bawang putih dan serai tumis sehingga naik baud an keperangan.

 

▶️ Selepas itu, masukkan kiub ayam, serbuk jintan putih, susu cair, stock air udang dan air untuk memasak nasi.

▶️ Akhir sekali, gaul rata dan masukkan beras ( tunggu sehingga masak )

 

CARA PENYEDIAAN UDANG BLACK PEPPER :

▶️ Panaskan minyak dan butter.

▶️ Selepas itu, masukkan bawang putih, halia, dan serai. Tumis sehingga naik bau dan keperangan.

▶️ Kemudian, masukkan sos blackpaper, sos tiram, dan serbuk blackpaper. Kacau rata.

▶️ Selepas itu, masukkan udang, cili merah, cili hijau, capsicum, bawang holand, daun kari dan serbuk perasa. Kacau rata dan masak sebentar.

▶️ Akhir sekali, siap untuk dihidangkan untuk dimakan bersama keluarga tersayang. Hidangkan sekali dengan acar cuka pun sedap.

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Masak Thai Simple! Cara Yang Mudah Dan Cepat Untuk Dibuat

 

Fuhh! Bau aroma nasi udang pon sudah mengiurkan belum lagi dimakan dengan udang blackpaper pasti lagi mengancam. Kalau masak resepi ini dapat mengikat lagi hati suami dan anak-anak.

Benda yang boleh membahagiakan kita salah satu dapat makan makanan yang sedap. Siapa tak bahagiakan bila dapat makan makanan yang sedap-sedap ni. Silap-silap tak perasan dah tambah nasi banyak kali.

Resepi yang wajib dicuba nasi udang bersama udang blackpaper yang super sedap! Sekali makan dah tak pandang lain. Terima kasih kepada Nurul Ateekah sudi kongsi resepi yang sedap ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.