Resepi Nasi Ulam Yang Super Sedap. Boleh Juga Jadi Menu Diet Yang Sihat!

0 1,517

Siapa kat sini suka makan nasi ulam? Nasi ulam memang terkenal kat belah utara. Hidangan ni memang sedap dengan pelbagai jenis ulam yang digaulkan dalam nasi. Selain sedap dimakan ianya juga menu yang sihat dan sesuai untuk anda yang nak berdiet. Nak buat menu ni mudah je. Jom follow resepi nasi ulam yang dikongsikan ni. Pasti anda teruja dengan rasanya nanti.

Rasanya nasi ulam ni juga seakan sama dengan nasi kerabu. Kalau anda penggemar nasi kerabu pasti akan suka juga dengan nasi ulam ni. Dalam hidangan nasi ulam ni ada pelbagai jenis ulaman digunakan. Ada lah dalam 10-15 jenis ulam yang dicampur dan digaulkan bersama.

Rasanya memang tak dinafikan lagi memang sedap, padu dan lazat. Aroma dari pelbagai jenis ulaman memang membangkitkan lagi selera untuk makan. Walaupun nak buat nasi ulam ni  mudah. Tapi kena gigih sikit untuk menyediakan semua jenis bahan ulamannya.

Bila dan cukup lengkap dengan ramuan dan bahan memang sedap. Confirm sepinggan nasi tak cukup dibuatnya. Kalau nak lagi bertambah sedap boleh dihidangkan dengan ayam goreng, telur masin dan juga keropok ikan. Wah memang lengkap lah hidangan kita pada haritu. Kalau ada nasi ulam ni tak perlu masak menu lain dah cukup membuatkan keluarga anda berselera dengan hidangan ni.

Resepi ni kalau sering dimakan pun tak menjadi masalah selain ianya sedap malah menu yang sihat. Ramuan ulam-ulaman memang baik untuk kesihatan anda dan boleh jadikan anda awek muda kalau amalkan selalu menu ni. Jom kita lihat perkongsian resepi nasi ulam dari Cik Puan Shai Anne Ahemed.

 

RESEPI NASI ULAM

Resepi ni tak perlu masak atas dapur pun. Hanya hiris ulaman dan gaulkan dengan nasi je. Kalau nak lagi sedap boleh tambahan isi ikan. Malah anda pun boleh je letak pelbagai jenis lauk yang anda suka. Menarikkan resepi. Jadi tanpa membuang masa lagi. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Nasi sejuk/nasi dingin
  • Ikan
  • Serai
  • Halia
  • Lengkuas
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Belacan
  • Lada hitam
  • Kerisik
  • Perasa(garam,gula,aji)

 

Bahan ulaman : 
  • Daun kunyit
  • Daun serai kayu
  • Pucuk janggus
  • Daun pegaga
  • Daun kesom
  • Ulam raja
  • Daun mengkudu
  • Ulam kacang botol
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Daun selom
  • Pucuk putat
  • Daun kadok

CARA PENYEDIAAN NASI ULAM :

▶️ Satukan semua bahan-bahan (kecuali nasi dan ulaman), kemudian tumbuk sehingga lumat.

▶️ Goreng ikan nak guna bekok pun boleh. Goreng garing, asingkan dari tulang dan tumbuk sehingga lumat.

▶️ Basuh bersih semua ulaman ni dan toskan sampai kering. Kemudian potong atau hiris sekali atau senipis yang boleh.

▶️ Masukkan nasi ke dalam besen yang sesuai, kemudian masukkan kesemua bahan-bahan. Gaul sehingga sekata.

▶️ Boleh agak-agak kuantiti nasi yang sepadan dengan bahan-bahan. Kalau nasi terlampau berlebihan, bahannya tak berasa. Begitu juga sebaliknya.

▶️ Dah siap. Boleh dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Pau Cendawan Yang Super Lembut Dan Gebu Gebas. Menggunakan Inti Daging Ayam Yang Cukup Menyelerakan!

 

Yummy siap nasi ulam menu istimewa kita ni. Tengok pun dan terliur. Kalau anda suka ulam-ulaman memang menu ni memang sesuai untuk anda. Hidangan ni sesuai dimakan pada bila-bila masa yang anda suka tak kiralah untuk sarapan pagi, tengahari atau malam. Cukup mengenyangkan dan menyelerakan.

Nak sediakan bahan memang agak sukar lagi-lagi yang tak berapa kenal dengan ulaman. Tapi ulam ulaman kalau pergi pasar memang mudah je nak dapat. Harganya pun berpatutan juga. Anda wajib cuba resei ni tau. Sangat mudah dan sangat menyelerakan.

Kalau buat sendiri sebenarnya lagi sedap dari beli dikedai. Anda boleh adjust rasa dan bahan yang anda guna. Semoga resepi nasi ulam ni memberi anda manfaat. Anda juga boleh share resepi ni kepada kawan-kawan anda supaya sama-sama dapat manfaat yang sama. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.