Resepi Ayam Bakar Madu Western. Rangup Diluar Juicy Didalam, Anda Wajib Cuba!
Siapa yang suka makan ayam? Kekurang-kurangnya seminggu sekali pasti wajib ada lauk ayam kan! Tapi mak-mak pasti pening asyik pikir nak masak menu apa untuk dihidangkan pada keluarga. Nah! Jom cuba resepi ayam bakar madu western yang super mantap dan cukup rasanya. Dia punya garing diluar dan lembut juicy di dalam buatkan kita craving nak makan kan.
Resepi ni sangat mudah je tau, tak perlu perap pun ayam. Sangat simple dan mudah je nak buat! Hidangan yang istimewa ni kalau dihidangkan pada suami dan anak-anak memang bersungguh lah mereka makan. Yang sedapkan lagi hidangkan bukan pada madu semata-mata malah campuran herba juga menarikan lagi rasa hidangan ni.
Memang diantara kanak-kanak memang gemar makan ayam goreng. Tapi sesekali tukar ayam bakar madu ala western ni pula pasti mereka suka. Tak perlu nak sedia sos pencicah bagai. Sebab ayam bakar ni dah cukup berperisa. Rasa manis-manis dan rempah helba memang menaikan rasa nya.
Hanya menggunakan 5 bahan sahaja untuk menghasilkan masakan yang marvelous ni. Dan cara penyediaan ayam bakar madu western ni mudah je. Hanya perlu gaulkan sehingga sebati dan terus bakar. Biasa kalau buat ayam bakar paling kurang pun 2 atau 3 jam masa diambil untuk perap tapi resepi ni tak perlu perap pun. Boleh terus dibakar je.
Resepi yang senang dan padu ni dikongsi oleh Encik Ben Safwan. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang padu ni. Bahannya kebanyakkan adalah campuran rempah dan senang je untuk disediakan. Jom follow cara penyediaan resepi ni.
RESEPI AYAM BAKAR MADU WESTERN
Sukatan dan ramuan yang dikongsikan untuk dua ketul paha ayam je. Tapi kalau anda nak buat banyak boleh gandakan bahan tu. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita tengok bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1 sudu makan minyak masak untuk ayam tak kering
- 1 sudu makan madu /maltosa untuk ayam berkilat/manis
- 1/2 sudu makan setiap jenis ( Thyme, Parsley dan Basil)
- 1 sudu makan serbuk cili Babas untuk ayam cantik merah dan ada pedas
- 1 sudu teh garam bukit.
CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR MADU WESTERN :
▶️ Mula-mula gaul sebati dan ratakan lumur pada bahagian ayam, tak perlu perap.
▶️ Bakar dalam Air Fryer dengan suhu 20 minit pertama suhu 170’C untuk kali pertama. Terbalikkan ayam dan bakar 10 minit suhu 170’C untuk kali keduanya.
▶️ Selepas 10 minit, turunkan suhu pada 140c untuk pastikan ayam betul-betul masak keseluruhanya sampai ke tulang. Masa ni tak perlu terbalikkanayam lagi dah.
▶️ Dah siap! Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Resepi Kek Span Keladi Yang Simple. Sangat Gebu, Lembut Dan Sedap!
Tada! Nampak sungguh menyelerakan! Selain makan dengan nasi putih dan ratah macam tu pun boleh. Memang sedap dan menggoda lepas je ayam baru dibakar. Boleh bau haruman herba dan wangi madu. Hidangkan untuk suami dan anak-anak pasti mereka suka.
Sekali masak pasti akan repeat lagi. Kalau buat sendiri memang betul-betul puas hati. Anda boleh adjust rasa mengikut suka hati je. Yang pastinya ayam ni memang sangat berjuicy dan sangat rangup diluar. Tambahan lagi cukup berasa bila anda buat untuk hidangan sekeluarga.
Jika anda teringin untuk mencubanya anda boleh je follow resepi yang dikongsikan ini. Cukup dengan rasa. Semoga dengan perkongsian resepi ayam bakar madu western ni dapat memberi anda manfaat. Anda boleh cuba bila-bila masa yang akan suka. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!