Resepi Gulai Kuning Kepala Ikan Merah Kelantan Style. Sekali Cuba Mesti Licin Hingga Ke Kuah!

0 7,406

Gulai kuning ikan ini merupakan resepi kampung style Kelantan, mungkin ada yang pernah makan gulai kuning ikan dan tahu rasanya macam mana. Jom follow Resepi Gulai Kuning kepala Ikan Merah yang mudah dimasak dan sedap ini.

Kebiasaan kalau sebut gulai kuning ikan mesti ada yang terbayang gulai kuning ikan tongkol yang dimakan dengan nasi dagang. Tapi kali ni, bukan makan dengan nasi dagang sahaja makan dengan nasi putih pun sedap.

Hasil perkongsian resepi gulai kuning ikan merah oleh Ben Safwan dan juga beberapa tips yang diberi untuk menghasilkan gulai kuning yang terbaik. Rahsia nak hilangkan hanyir ikan dengan basuh bersih-bersih darah beku pada tengah-tengah bahagian ikan.

Dengan cara ini, baru gulai yang dimasak tidak berbau hanyir ikan. Perap seketika ikan dengan garam 2 sudu dan masukkan ke dalam peti ais, nak lagi sedap perap semalam ikan dengan garam baru sedap isi ikan rasa masin bukan tawar nanti.

Mesti ibu-ibu dah tak sabar nak masak gulai kuning kepala ikan merah ni. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untukenuediakan hidangan ini.

 

RESEPI GULAI KUNING KEPALA IKAN MERAH

Mungkin tak semua orang pernah makan ikan merah, ibu-ibu boleh sahaja tukar kepada ikan jenis lain yang sesuai seperti ikan talapia, ikan kembung dan lain-lain lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Ikan Merah
  • 2 biji bawang merah *
  • 1 ulas besar bawang putih *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1 biji cili burung *
  • 300ml santan
  • 200ml air
  • 1 keping asam keping
  • Cili besar hijau

CARA-CARA PENYEDIAAN GULAI KUNING KEPALA IKAN MERAH :

▶️ Mula-mula kisar semua bahan yang bertanda * sehingga lumat.

▶️ Dengan menggunakan api sederhana, masukkan bahan yang dikisar.

▶️ Selepas itu, masukkan santan, air dan asam keping. Kacau sehingga mendidih.

▶️ Kena sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.

▶️ Jika kuning masih tidak menyerlah boleh masukkan serbuk kunyit sedikit.

▶️ Kemudian, masukkan ikan merah dan cili golok hijau.

▶️ Kacau seketika dan baru perasakan dengan garam ikut citarasa sendiri.

▶️ Tutup periuk dan biar seketika hingga mendidih Kali ke 2. Baru tutup api.

 

BACA JUGA : Resepi Rendang Telur Simple Dan Sedap. Dimakan Dengan Nasi Lemak!

 

Dah siap! Nampak menarikan gulai kuning kepala ikan merah ni, pekena pula dengan nasi putih. Makan dengan sambal dan ulam dengan timun je dah sedap.
Cili golok hijau ialah cili hijau yang dibuat solok lada, yang biasa ada bila beli nasi kerabu. Kalau ibu-ibu suka gulai kuning sedikit pedas bolehlah tambah lagi cili semasa kisar bahan-bahan tadi.

Gulai kuning ikan kalau dikelantan akan di makan pada bila-bila masa tak kira pagi, petang atau malam. Hidangan gulai kuning kepala ikan merah ni salah satu hidangan nasi berlauk. Sebab itu boleh didapati pada waktu pagi, tapi bukan menggunakan ikan merah lah. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.