Resepi Kari Ikan Tongkol Ala Utara. Resepi Ringkas yang Menyelerakan. Rasa Lemak Dan Berempah!
Kalau cakap pasal negeri utara ni mesti terfikir pasal masakan kari. Mana taknya, sampai ada yang sanggup travel dari jauh semata-mata nak makan kari mamak di utara, sebab rasanya lebih padu. Kali ni bukan nak cerita pasal kari mamak di sana tapi kali cerita pasal Kari Ikan Tongkol Ala Utara yang sedap memikat si pengemar kari.
Kari bukan sahaja sedap dimasak dengan ayam, daging, ikan tapi sedap juga dimasak dengan makanan laut seperti sotong dan udang.Kebiasaannya, ikan tongkol atau nama lain ikan kayu akan masak dengan sambal, digoreng, atau dibuat singgan di sebelah utara dan jarang dimasak kari atau gulai.
Ikan tongkol jarang dimasak kari atau gulai kecuali di Terengganu dan Kelantan yang selalu dimakan dengan nasi dagang tapi cara masak berbeza dari kari sebelah utara.
Tidak semua orang pengemar ikan tongkol kerana dagingnya agak kenyal dan ada bahagian yang berasa pahit. Kari Ikan Tongkol Utara bila dimakan dengan nasi panas ditambah pula dengan sambal belacan dan ulam-ulaman mesti meningkatkan lagi selera.
Cara untuk membuat kari ikan tongkol senang dan mudah sahaja dengan resepi yang diolah oleh Cikgu Afy pasti tidak kecewa bila mencuba dan hasilnya pasti sedap sehingga bertambah nasi!
RESEPI KARI IKAN TONGKOL ALA UTARA
Jika tidak suka dengan ikan tongkol boleh tukar kepada ikan jenis lain mengikut citarasa tersendiri.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kisar
- 4 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- Sehiris lengkuas
- ½ hiris nipis halia
- 2 hiris nipis serai
- 1 sudu kecil rempah ketumbar + jintan manis
Bahan tumis
- 1 sudu besar halba campur
- Sedikit minyak
- Daun kari secukupnya
Bahan rempah
- 2 sudu besar Rempah kari ikan timbang dari Kelantan @ rempah kari ikan
- 1/2 sudu kecil serbut kunyit
- 1/2 sudu besar serbut lada
- 1/2 biji tomato
- 2 ½ cawan air
- 1/2 gula Melaka
- Sedikit garam
- 1/2 kotak kecil santan
- Perasa masakan
- Ikan tongkol
Sayur pilihan
- Bendi
- Terung
- Lada siam
- 1/2 biji tomato
CARA-CARA PENYEDIAAN KARI IKAN TONGKOL ALA UTARA :
▶️ Mula-mula panaskan sedikit minyak untuk menumis.
▶️ Tumis 3 sekawan dan setangkai daun kari sehingga naik bau.
▶️ Kemudian masukkan halba campur.
▶️ Tumis sekali bahan kisar sehingga garing.
▶️ Kemudian, masukkan kesemua serbuk rempah ke dalam kuali.
▶️ Seterusnya masukkan ½ biji tomato, tumis sehingga garing dengan menggunakan api perlahan.
▶️ Seterusnya masukkan 2 ½ cawan air.
▶️ Masukkan gula Melaka dan sedikit garam. Kacau sehingga gula Melaka cair.
▶️ Susun ikan tongkol dalam kuali selepas rempah pecah minyak.
▶️ Biarkan isi ikan masak seketika bagi meresap rempah kari.
▶️ Kemudian, barulah masukkan ½ kotak santan.
▶️ Selepas kuah mendidih, masukkan serbuk perasa masakan dan peskan dengan gula Melaka dan garam secukupnya.
▶️ Akhir sekali, masukkan kesemua sayur apabila kuah kari menepati citarasa.
BACA JUGA : Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Padi Marvelous. Rasa Yang Mampu Membuka Selera!
Kuantiti kepekatan kuah terpulang kepada citarasa sendiri, jika lebih suka kuah kari pekat boleh dilebihkan bawang kisar semasa menumis atau kurangkan kuantiti air ketika memasak.
Banyak cara untuk memasak kari, ada yang dimasak dengan santan dan tanpa santan. Boleh terangkatlah bila dah cuba Kari Ikan tongkol ni, lepas ni dah tak perlu nak pergi utara semata-mata nak makan Kari je.
Untuk membangkitkan lagi selera semasa menikmati kari ikan tongkol ala utara dari Cikgu Afy ditambah dengan sambal belacan padu pasti meningkat selera. Yang pasti rasa kari yang mantop dan padu. Selamat mencuba bagi pengemar kari!