Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Padi Marvelous. Rasa Yang Mampu Membuka Selera!
Sebut je Udang Galah Masak Lemak Cili Padi, terus terbayang hidangan kuah berkuning dengan rasa pedas dan sedap berlemak tu. Fuuh! Kalau makan, comfirm bertambah nasi tau.
Masak lemak cili api sinonim dengan Negeri Sembilan, kebanyakkan menu masakkan mereka dimasak menjadi masak lemak cili api cuma tukar bahan sahaja. Boleh gunakan ayam, udang, sotong, ikan keli dan sebagainya.
Resepi masak lemak cili padi memang tidak susah nak buat sebab bahan-bahan yang digunakan pon senang je nak dapatkan. Tapi kena ikut cara yang betul, barulah dapat hasilkan rasa yang super marvellous.
Untuk menambah selera, masak lemak cili api ini juga boleh masukkan bersama ubi kentang, belimbing buluh atau kacang buncis atau tomato sebagai sayur di dalamnya.
Resepi udang galah masak lemak cili api yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad dengan cara penyediaan yang sangat mudah dan senang untuk dibuat. Resepi dah ada, apa tunggu lagi!
RESEPI UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI PADI
Penggunaan bahan basah sangat penting dalam masakkan masak lemak cili api ni. Pastikan dapatkan yang segar supaya dapat menyedapkan lagi rasa masakkan tersebut.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
- 20 ekor udang galah
- 5 inci kunyit hidup
- 1 ulas bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 20-25 biji cili padi ( ikut kepedasan masing-masing )
- 3 keping sam keeping
- 3 batang serai ( diketuk )
- 3 helai daun kunyit ( dipotong halus )
- 1 kg santan pekat
- Sedikit gula kelapa
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API :
▶️ Mula-mula cuci bersih udang galah dengan limau nipis.
▶️ Seterusnya, kisar cili padi, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup dengan sedikit air.
▶️ Sementara itu, panaskan santan pekat dalam kuali atau periuk.
▶️ Apabila nampak santan berbuih sedikit, masukkan bahan kisar tadi dan kacau sehingga sebati.
▶️ Apabila kuah sudah mula nak mengelegak, masukkan asam keping dan serai.
▶️ Akhir sekali masukkan udang galah yang telah dibersihkan tadi.
▶️ Jangan lupa untuk masukkan daun kunyit, garam dan gula kelapa sebagai pencukup rasa.
BACA JUGA : Resepi Kari Ikan Tongkol Ala Utara. Resepi yang patut dicuba senang dan mudah dibuat.
Hasilnya pasti menambat selera dengan saiz udang yang besar pasti puas makan. Masakan masak lemak cili api memang sedap, boleh juga ditambah dengan nenas dalam masakkan untuk rasa masam manis dari buah nenas.
Tahap kepedasan juga boleh diubah mengikut tahap kepedasan masing-masing. Masak lemak cili api perlu dimasak dengan api sederhana dan perlu kerap dikacau untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak.
Tengok udang galah masak lemak cili api ni dah menyelerakan pasti terangkat bila makan dengan nasi panas dan yang pasti ramai peminat masak lemak cili api yang sedap ni. Jadi apa tunggu lagi, jom kita masak!