Resepi Kuih Bingka Labu Yang Unik Dan Sangat Sedap. Wajib Cuba Kuih Ini!

0 1,152

Sebelum ini sering kita dengar dengan pelbagai jenis kuih bingka antaranya kuih bingka ubi, bingka jagung dan bingka pisang. Hari ini nak kongsi resepi kuih bingka labu. Resepi kuih bingka labu ini yang sangat sedap dan masih mengekalkan bahan tradisi asal.

Kuih bingka labu sesuai untuk dihidangkan pada keluarga kerana rasa yang sedap dan mudah penyediaanya. Selain itu juga, labu ini juga mengandungi khasiat yang tersendiri. Antara khasiat labu ialah, labu kaya dengan vitamin dan mineral penting disamping kandugan kalorinya yang rendah.

Labu ini juga banyak digunakan dalam masakan. Contohnya seperti digunakan untuk dibuat cucur labu, labu masak lemak, kek labu dan lain-lain lagi. Labu boleh di inovasikan dalam perlbagai jenis masakkan. Tidak hairan jika bingka labu juga dijadikan makanan istimewa untuk dihidangkan minum petang.

Cara penyediakan kuih bingka labu ini sangatlah mudah dan senang. Kupas kulit labu dan potong kiub. Rebus sampai lembut, buang air rebusan tu separuh dan kemudian lecek halus. Masukkan semua bahan seperti telur, tepung gandung, susu, santan dan bahan lain satu persatu dan kacau sebati. Kemudian panas oven untuk dibakar.

Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook cik puan No Or.  Menu bingka labu ini boleh hidangkan pada waktu petang dengan air kopi, pasti suami dan anak-anak akan suka.

 

RESEPI KUIH BINGKA LABU 

Menu yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata anda tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan bingka labu yang super sedap ini. Bila dan buat confirm anda pastu suka.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu segar @ fresh milk
  • 1 cawan telur
  • 1 sudu esen vanilla
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 3 sudu minyak jagung
  • 1 1/2 cawan labu

CARA PENYEDIAAN BINGKA LABU :

▶️ Kupas kulit labu dan potong kiub. Rebus sampai lembut, buang air rebusan tu separuh dan kemudian lecek halus.

▶️  Masukkan semua bahan-bahan tadi.

▶️  Kacau adunan menjadi sebati dan cantik. Kalau nak senang boleh blen sahaja

▶️ Sapu loyang dengan marjerin planta dan masukkan aduan ke dalam loyang,

▶️ Kemudian tabur bijan bagi serata, bakar dalam suhu sederhana.

▶️ Biarkan kuih bingkas sejuk, baru lah boleh dipotong.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Siakap Sos Thai Yang Menyelerakan. Hingga Menjilat Jari Dibuatnya!

 

Tara! Nampak sangat menyelerakan. Tak susah pun nak menyediakan resepi kuih bingka labu ini. Hidangan yang simple dan sedap. Kalau nak bagi pada mak mertua pun boleh, mesti mak mertua suka buih tradisional ini. Makin bertambah sayang lah nampaknya.

Dah siap! Sangat simple tapi nampak sangat menyelerakkan. Tak susah pun nak menyediakan bingka labu ini.  Rasa lemak manis buah labu dapat memenuhi  cita rasa anda sekeluarga.  Kuih bingka labu boleh dijadikan hidangan  untuk para tetamu juga. Menu yang simple ini pasti ramai orang  menyukainya.

Semoga pengkongsian cara menyediakan kuih bingka ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi kuih bingka labu yang sangat padu ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.