Resepi Kuih Sagu Yang Lejen, Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas. Pasti Sedap Wajib Try Tau!
Dari dulu sampai sekarang memang suka makan kuih sagu. Asyik beli dikedai je, jarang nak buat sendiri takut tak menjadi sagunya, orang kata kalau sagu nie terlebih air atau terkurang memang tak menjadilah kuih tu. Tapi Jangan risau boleh follow resepi kuih sagu kelapa ini pasti kuih elok menjadi.
Apa yang kita tahu, kuih sagu kelapa ni berwarna merah. Kuih sagu kelapa ini memang mengikut tradisi, yang tak lapuk dek zaman. Resepi ni mudah sahaja. Tapi yang susahnya bila nak pastikan sagu ini tidak terjadi terlalu lembik semasa proses merebus. Biasanya lepas rebus, dikukus sekejap supaya kuih menjadi biji yang cantik dan lembut.
Selain kuih sagu kelapa, selalu juga kita dengar, sagu juga boleh dijadikan pelbagai menu lain, antaranya sagu gula melaka, sagu talam dan sagu juga boleh digunakan dalam masakan bubur seperti bubur pisang, bubuk kacang dan bubur jagung rasa sangat enak.
Selain sagu sedap dalam membuat kuih, sagu juga mengandungi manfaat yang tersendiri, iaitu memberikan banyak energi, mencegah penyakit jantung, melancar system pencernaan, meningkatkan kesihatan tulang dan sendi serta meningkatkan kesihatan tubah badan krususnya dalam berolaharaga.
Disebabkan cara penyedian kuih sagu ini sangat simple dan mudah, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh penguna facebook iaitu Nor Sakina Md Zain. Rasa kuih sagu kelapa yang sedap ini pasti akan mengimbau memori dulu-dulu. Selamat mencuba.
RESEPI KUIH SAGU KELAPA
Kuih sagu kelapa ini sesuai untuk hidangan sarapan pagi ataupun minum petang. Masa yang diambil untuk kuih ini sangat jimat, tak sampai setengah jam pun. Tanpa membuang masa jom tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan kuih sagu kelapa ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sagu
- Gula secukupnya (kemanisan ikut cita rasa memasing)
- Sirap secukupnya (utk warna)
- Kelapa parut (untuk menyalut sagu)
CARA PENYEDIAAN SAGU KELAPA :
▶️ Rendam sagu selama sejam, biarkan kembang, kemudian toskan sekejap.
▶️ Masukkan sagu ke dalam loyang. Tambahkan gula ikut kemanisan yang disukai dan masukkan sirap kalau nak warna terang letak lebih gaul rata.
▶️ Panaskan periuk kukusan dan kukus sagu hingga bijinya menjadi berkaca @ berkilat.
▶️ Bila dah siap tutup api dan sejukkan. Potong sagu mengikut saiz yg dikehendaki.
▶️ Gaul dengan kelapa jika guna kelapa parut tua kukus seketika. Jika guna kelapa parut muda tidak perlu kukus. Hanya gaul kelapa dengan sedikit garam sahaja.
▶️ Sedia kuih sagu sedai untuk dinikmati.
BACA JUGA : Resepi Ayam Goreng Pedas Korea Cheese Yang Sangat Sedap Dan Lazat. Anda Makan Pasti Terangkat Wajib Cuba Tau!
Siap untuk dihidang. Warna sagu yang merah menyala dan rasa kelapa parut yang berlemak-lemak manis, confirm anak-anak akan suka. Tipnya kalau nak biji mata sagu cantik bersinar, selepas rebus kemudian kukus sekejap atapun nak kukus terus pun boleh. Wau! hasilnya pasti anda puas hati.
Sesekali buat untuk hidangan kepada mak ayah atau mak mertua kuih sagu kelapa lejen ini pasti mereka akan suka. Tektur kuih sagu juga sangat lembut dan senang untuk dimakan. Kalau anda nak tukar mood sekali kala untuk ubah warna sagu ini daripada warna ke warna lain pun boleh.
Semoga pengkongsian cara menyediakan kuih sagu kelapa ini dapat memberi input kepada anda semua. Boleh save dan share dulu resepi ini bila ada kelapangan boleh masuk ke dapur dan buat kuih yang simple ini. Selamat mencuba!