Resepi Nasi Kerabu Biru Yang Diminati Ramai, Cara Yang Mudah Untuk Menyediakannya!
Nasi kerabu amat popular di pantai timur terutama di Kelantan dan terengganu, ianya sejenis nasi ulam. Resepi Nasi Kerabu perlu ada nasi biru, budu, sambal tumis, kelapa parut goreng dan ulam-ulam.
Kalau di pantai timur nasi kerabu boleh dilihat dapat dimakan pada bila-bila masa tak kira siang atau malam. Sekarang ini nasi kerabu mudah didapati di serata negeri oleh kerana ramai orang dari pantai timur menjualnya.
Ada yang fikir susah nak masak nasi kerabu kerana banyak step yang perlu dibuat. Sebenarnya, tumis budu dan sambal kelapa boleh dibuat sehari awal, jadi tidaklah banyak yang perlu disediakan ketika hari nak makan.
Bunga telang digunakan untuk mewarna nasi menjadi warna biru. Nasi kerabu biru agak dikenali oleh masyarakat, tapi ada juga menggunakan nasi putih dan nasi kuning yang dimasak dengan kunyit.
Hidangan ini agak rumit untuk disediakan, sebab itu ramai yang membeli dari membuatnya. Dengan menggunakan resepi ini semuanya confirm menjadi dan mudah. Resepi dikongsi oleh Maryam Hussain.
RESEPI NASI KERABU
Nasi kerabu perlu membuat banyak penyediaan yang perlu dilakukan kerana banyak bahan sampingan yang akan dimakan dengan nasi kerabu seperti keropok, ayam bakar, daging bakar, ikan celup tepung, solok lada atau telur masin.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Nasi biru :
- Segengam bunga telang diambil air birunya
- 3 batang serai
- 2 helai daun limau purut
- secubit garam
- Beras
CARA-CARA PENYEDIAAN NASI BIRU
▶️ Bunga telang, perlu di rebus terlebih dahulu untuk mendapatkan airnya.
▶️ Basuh beras sehingga bersih dan masukkan semua bahan didalam periuk. Masak nasi seperti biasa.
Sambal tumis budu :
- 7-8 ulas bawang merah (kisar)
- 4-5 ulas bawang putih (kisar)
- 4 sudu cili boh / cili kering (kisar)
- Sedikit halia (kisar)
- 1 cawan santan pekat
- 2-3 batang serai (diketuk)
- 2 keping asam
- 3 sudu budu (optional)
- Garam
- Gula
CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL TUMIS BUDU
▶️ Tumis bahan blender sehingga naik bau.
▶️ Kemudian, masukkan santan, asam keping, serai, daun limau dan garam gula secukup rasa.
▶️ Masak hingga pecah minyak.
Solok lada :
- 1 kg Cili besar
- 1/3 biji Kelapa ditumbuk
- 2 cawan santan separa pekat
- 3 ekor ikan rebus, buang tulang (tumbuk)
- 4 biji Bawang merah (tumbuk)
- 3 biji Bawang Putih (tumbuk)
- Sedikit Halia (ditumbuk)
- 3 helai Daun pandan
- Gula dan garam
CARA-CARA PENYEDIAAN SOLOK LADA
▶️ Bersihkan dan belah memanjang cili besar. Tak perlu buang tangkai. Ketepikan.
▶️ Selepas itu gaul kelapa parut, ikan rebus, bawang merah dan halia.
▶️ Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa hingga rata.
▶️ Sumbat kelapa yang sudah digaul kedalam cili.
▶️ Kemudian susun solok lada yang telah ada inti diatasnya ke dalam periuk
▶️ Dalam periuk, masukkan santan biar paras separuh dengan solok lada.
▶️ Masak dengan api perlahan hingga santan kering atau solok lada kelihatan dah masak.
Sambal kelapa :
- 7-8 ekor ikan selayang di rebus ambil isinya
- 1 biji kelapa parut
- 4-5 batang serai – di hiris halus
- 6-7 biji bawang merah
- Sedikit halia
- Garam + gula secukup rasa
CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL KELAPA
▶️ Goreng kelapa dan serai sehingga garing.
▶️ Blendkan isi ikan, bawang dan halia.
▶️ Gaul semua bahan sehingga sebati.
Sambal cili :
- Cili padi
- Cuka
- Garam
- Gula
CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL CILI
▶️ Masukkan kesemua bahan kedalam blender, kisar dan perasa sehingga secukup rasa.
Ikan celup tepung :
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu gandum
- 2 sudu air kapur
- 1biji telur
- Air secukupnya
- Ikan selayang
CARA-CARA PENYEDIAAN IKAN CELUP TEPUNG
▶️ Masukkan semua bahan didalam bekas kecuali ikan.
▶️ Kemudian kacau sebati, adunan jangan terlalu cair.
▶️ Celup ikan dan goreng sehingga masak.
Perapan daging atau ayam bakar :
- Serai ( dikisar )
- Halia ( dikisar )
- Lengkuas ( dikisar )
- Ketumbar( dikisar )
- Jintan pedas( dikisar )
- Jintan manis( dikisar )
- Kunyit hidup( dikisar )
- Gula ( dikisar )
- Garam ( dikisar )
CARA-CARA PENYEDIAAN PERAPAN DAGING DAN AYAM BAKAR
▶️ Semua bahan di blander dan perap kan dengan daging atau ayam seketika.
▶️ Boleh bakar dengan arang atau atas pemanggang ajaib.
Ulam-ulaman :
- Tauge
- bunga kantan
- Daun serai kayu
- Pucuk tereh/gajus
- Daun selom
CARA-CARA PENYEDIAAN ULAM-ULAMAN
▶️ Pastikan semua ulam sudah dibersihkan.
▶️ Kemudian hiris semua ulam nipis-nipis.
BACA JUGA : Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi Dengan Telur Itik, Masakan Kampung Yang Sangat Menyelerekan!
Hidangan ini sangat sedap, cara untuk makan nasi kerabu dengan mengaul semua jenis sambal dan ulam dengan nasi. Jangan lupa sediakan telur masin dengan keropok keping untuk dimakan sekali.
Hidangan ayam dan daging bakar juga boleh ditukar kepada ayam percik atau ayam madu manakala daging boleh ditukar kepada daging goreng. Macam-macam boleh dimakan dengan nasi kerabu mengikut selera masing-masing.
Walaupun banyak step yang perlu disediakan sebelum dapat makan, tapi apabila sudah siap semuanya pasti akan puas hati dengan hasilnya. Selamat mencuba resepi nasi kerabu ini!