Resepi Telur Bistik Mudah Dan Sedap, Hidangan Ringkas Yang Menyelerakan. Rasa Macam Beli Kat Kedai!

0 898

Pernah dengar telur bistik? Inti yang dibalut dengan telur dadar. Kalau pergi makan kedai siam pasti tak lupa untuk order telur bistik ni. Ada yang nak cuba Resepi Telur Bistik dah tak perlu order buat sendiri saja?

Telur bistik atau telur bungkus, sangat senang untuk dibuat dan sedap dimakan. Dalam hidangan ini, perlu dimasak intinya terlebih dahulu baru goreng telur dadarnya, kemudian inti akan dibalut dengan telur dadar.

Intinya biasa akan dicampur daging atau ayam yang dimasak sekali dengan sayur campur. Jadi hidangan ini memang kaya dengan protein dan vitamin. Daging atau ayam juga boleh diguna daging fresh atau daging cincang.

Senang kerja ibu bila masak telur bistik sahaja, sebab dah cukup lengkap dengan telur, daging dan sayur. Tak perlu lauk banyak-banyak, makan dengan nasi panas-panas pun dah menyelerakan.

Kalau ada yang tak tahu hidangan ini sebenarnya berasal dari Thailand, kebanyakkan hidangan dari negara seberang memang semua sedap-sedap. Resepi telur bistik ini dari perkongsian Bube Saje.

 

RESEPI TELUR BISTIK

Kalau ada yang perasan telur bistik ni ada dua versi, satu dibungkus dan satu lagi disiram atas telur dadar. Untuk yang dibungkus, intinya akan dimasak sedikit kering. Manakala untuk yang disiram perlu dimasak agak berkuah.

photo6222160907908263712.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Daging cincang (ikut suka sukatan)
  • 1 biji bawang besar *
  • 1 biji bawang holland *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 batang carrot *
  • Daun bawang sikit (di cincang)
  • Secubit jintan putih
  • 2 sudu sos cili thai
  • 2-3 biji telur
  • Garam secukup rasa

 

CARA-CARA PENYEDIAAN TELUR BISTIK

▶️ Potong dadu semua bahan yang bertanda * dan tumis semua bahan tadi.

▶️ Selepas itu, masukkan jintan putih, daun bawang dan daging kisar.

photo6222160907908263711.jpg (720×960)

▶️ Kemudian masukkan sos cili thai dan Garam.

photo6222160907908263710.jpg (720×960)

▶️ Apabila dah masak, toskan minyaknya.

▶️ Pukul telur sampai betul-betul sebati tanpa letak sebarang perasa.

photo6222160907908263707.jpg (720×960)

▶️ Seterusnya, panskan kuali dengan betul dan ratakan minyak keseluruh kuali. Tuangkan telur dan ratakan dengan api sederhana.

▶️ Letakkan bahan yang digoreng tadi diatas telur. Biarkan sebentar dan lipat Kiri, kanan, atas, dan bawah telur dalam kuali tersebut.

▶️ Tutup api,ambik pinggan yang agak besar, letak atas kuali dan terbalikkan kuali.

 

BACA JUGA : Resepi Puding Milo Marble Sedap, Pencuci Mulut Yang Lemak Manis Dan Menyegarkan!

 

Memang bukan mudah untuk buat telur bistik ni, perlu ada teknik untuk membungkus telur tersebut. Hidangan ini sedap disebabkan dalamnya ada daging yang dimasak dengan sos. Bila digaul dengan nasi memang menyelerakan sekali.

98387747466473382922002.jpg (1200×800)

Untuk mendapatkan bungkusan telur yang elok, pastikan menggunakan kuali yang mempunyai permukaan yang agak luar untuk meratakan telur. Pastikan minyak diratakan seluruh permukaan kuali supaya telur tidak melekat bila nak membungkus nanti.

Makan yang ni saja pun dah sedap, tak perlu lauk lain cuma perlu nasi panas-panas je. Itu pun dah menyelerakan. Satu hidangan kalau dah lauk dan sayur pun dah cukup untuk makan. Resepi telur bistik yang super sedap ni boleh dicuba sendiri dirumah!

Leave A Reply

Your email address will not be published.