Resepi Ikan Bawal Masak Sambal. Hidangan Makan Tengahari Yang Enak Dan Sangat Menyelerakan!
Menu apa tengahari ini ibu-ibu? Dah pening nak masak apa hari ini, kalau ada ikan bawal masak sambal pun sedap. Meh cuba Resepi Ikan Bawal Masak Sambal untuk hidangan masak tengahari ini.
Ikan bawal sangat sedap bila digoreng, tambah goreng garing-garing makan pulak dengan sambal kicap memang selera. Tapi kali ni kita kongsi cara masak ikan bawal masak sambal memang sedap.
Sekali sekala ikan bawal buat masak sambal sedap juga, jangan asyik makan ikan bawal goreng je nanti cemuh pulak. Apa-apa lauk yang masak dengan sambal memang sedap yakmat.
Tak hairanlah ada ramai peminat makan makanan bersambal ni. Kalau buat masak sambal pasti makan tu bertambah-tambah dengan sambal yang secukup rasanya dan sedap.
Resepi ikan bawal masak sambal telah dikongsi oleh Nurul Ateekah, cara yang mudah dan sedap untuk menyediakan masakan ikan bawal masak sambal yang super sedap.
RESEPI IKAN BAWAL MASAK SAMBAL
Ikan bawal mempunyai banyak saiz, ada yang besar, sederhana dan kecil. Untuk resepi ini saiz ikan adalah mengikut citarasa sendiri, asalkan ikan yang digunakan segar dan sedap dimasak.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 6 potongan ikan bawal (saiz sederhana)
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- ½ biji tomato(dibelah 4)
- 2 helai Daun limau purut
- 1 sudu besar gula melaka
- 1 sudu besar gula putih
- 1 sudu kecil rata garam
- 1 sudu kecil serbuk perasa
- 2 sudu besar perahan asam jawa
Bahan kisar
- 10 batang cili kering
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil belacan kiub
CARA-CARA PENYEDIAAN IKAN BAWAL MASAK SAMBAL
▶️ Mula-mula, basuh ikan sehingga bersih,lumurkan garam dan kunyit. Panaskan api dan goreng ikan sehingga masak.
▶️ Selepas itu, panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
▶️ Masukkan perahan asam jawa Ddan daun limau purut.masak sehingga sambal agak kering dan kemerahan
▶️ Kemudan, masukkan garam,gula, dan serbuk perasa, gaulkan rata dan masak sehingga warna merah gelap.
▶️ Akhir sekali, masukkan bawang merah,dan tomato. Masukkan ikan yang telah digoreng serta gaul rata.
BACA JUGA : Cara Buat Kuih Peneram. Kuih Klasik Yang Masih Disukai Ramai Sehingga Kini!
Siap satu hidangan makan tengahri, mudah bukan? Rasa ikan bawal masak sambal pon sangat sedap. Pengemar sambal boleh lah cuba masakan ini pula, memang tidak rugi!
Ikan bawal sebelum dimasukkan kedalam sambal yang disediakan perlulah digoreng terlebih dahulu. Ikan bawal kalau digoreng terlebih garing sedikit lagi sedap dengan rasa manis ikan yang segar itu.
Resepi ikan bawal masal sambal amat mudah dan bila dimakan dengan nasi putih panas-panas pasti akan bertambah-tambah makan nasi. Selamat mencuba!