Resepi Gulai Salmon Yang Istimewa. Kuah Yang Padu, Likat, Pekat Dan Melekat. Anda Wajib Cuba!
Ikan salmon ni bukan ikan yang menjadi makanan rutin orang melayu kat Malaysia ni. Tapi tak salah sekali sekala kita masak menu special sikit guna ikan yang special macam salmon. Susah ke nak masak kari ni? Sapa kata susah! Tak susah pun. Macam masak kari ikan lain jugak. Ada banyak versi. Tapi versi resepi gulai kari ikan salmon ni tidak menggunakan santan. Tapi rasanya sangat sedap dan lazat tau.
Dapat semangkuk kari & sepinggan nasi panas panas. Tambah kicap sikit, memang nikmat dia 5 star ok! Silap-silap tak cukup sepinggan dibuatnya. Walaupun harga ikan salmon sekeping dikatakan mahal. Namun ia juga dikatakan berpatutan kerana rasanya sedap malah ikan salmon ni kaya dengan omega 3, sejenis lemak tak tepu yang begitu baik untuk tubuh terutama jantung.
Kalau yang penggemar ikan salmon resepi ni wajib dicuba. Jika selalu ikan salmon hanya dipanggang sahaja. Sesekali apa kata masak kari pula tanpa santan. Walaupun tanpa santan, rasa dan aroma rempah ratus kari tu dah pasti mampu memikat selera dan memenuhi citarasa seisi keluarga.
Selain rasa yang sedap malah resepi ni sangat mudah penyediaannya. Dan Bahan yang digunakan pun cukup simple. Hanya menggunakan beberapa sahaja antara bawang, serbuk kari rempah, asam jawa, tomata, cili dan lain-lain. Namun hasilnya nanti pasti akan akan teruja. Suami dan anak-anak pun pasti berselera je makan.
Resepi yang istimewa ni dikongsikan oleh Cik Puan Firda Ashaary. Dikatakan beliau menggunakan ikan salmon frozen sahaja. Tapi rasanya setanding dengan masakan direstoran yang mahal. Malah rasa lebih sedap. Yelah kalau masak sendiri boleh adjust rasa mengikut citarasa anda.
RESEPI GULAI KARI SALMON
Kalau masak hidangan ni confirm suami dan anak-anak tak pandang lauk lain. Datanglah ikan siakap 3 rasa ke, ikan kerapu ke atau ikan gelama. Confirm masakan ni yang menjadi pilihan. Anda pun pasti dah tak sabar nak mencubanya kan. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 2 ulas bawang putih(dihiris
- 2 ulas bawang merah(dihiris
- Daun kari
- 1 sudu kecil halba campu
- 2 keping asam gelugo
- 1 bijik tomato (belah empat
- 1 bijik cili besar (belah tengah)
- 7 ketul ikan salmon(pilihan)
- 3 sudu besar serbuk kari ikan Babas (bancuh dengan air)
- 3 sudu besar serbuk kari ikan Alagappa’s (bancuh dengan air)
CARA PENYEDIAAN GULAI KARI SALMON :
▶️ Panaskan minyak dan tumis bahan di atas. Masukkan minyak lebih cikit pun tak menjadi masalah.
▶️ Bila bahan tumis dah hampir garing, masukkan bancuhan tadi. Kecilkan api. Kacau bancuhan tu. Biarkan sekejap hingga pecah minyak. Masukkan juga asam keping.
▶️ Bila nampak bancuhan serbuk kari dah pecah minyak elok. Dah naik lubang-lubang macam gunung berapi kecil tu, masukkan air. Sukatan air ni jangan banyak.
▶️ Masukkan garam secukupnya. Tak cukup nanti tambah lah lagi.
▶️ Perasa ni pun kena letak juga sikit. Kalau taknak letak pun takpe.
▶️ Bila kuah dah mendidih. Masukkan ikan. Biarkan ikan didih bersama kuah tu sekejap.
▶️ Pastu masukkan pula tomato yang dah dipotong empat dan cili besar. Sedap macam gulai kat kedai mamak boleh hiris sebijik bawang merah dan bawang putih, hiris kasar pun okay. Campak je dalam tu.
▶️ Bagi mendidik sekejap baru boleh tutup api. Ikan keras elok.
▶️ Siap untuk dihidangkan pada family anda!
BACA JUGA: Resepi Casava Cake @ Kek Ubi Kayu Yang Paling Simple Dan Sedap. Pelengkap Minum Petang Anda!
Wah dah siap! Sangat special hidangkan ni. Tengok pun mengeliurkan dah. Rasa isi salmon yang berjuicy tu memang menarik selera untuk makan. Gulai kari ni nak lagi sedap bila makan bersama nasi panas dengan ulaman atau hirisan timun dan sambal kicap. Selain tu, gulai kali ni kalau dimakan keesokan harinya pun masih sedap, kuahnya bolehlah dicicah dengan roti atau lempeng.
Walaupun tidak menggunakan santan. Namun aroma kuah gulai kari salmon ni memang buatkan tergoda. Tak sabar nak makan rasanya. Tapi selain ikan salmon akan juga boleh menggunakan ikan lain seperti ikan merah, ikan kerapu, ikan kerisi dan macam-macam. Gunakan resepi yang sama. Tapi ikan yang berlainan.
Semoga anda suka dengan resepi ni dan semoga perkongsian ni memberi anda manfaat dan inpirasi untuk mencuba pelbagai hidangan lagi. Anda juga boleh share resepi gulai kari ikan salmon yang dikongsikan ini supaya lebih ramai mendapat yang sama. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.