Resepi Singgan Ikan Tengiri Mudah Dimasak Dan Enak Rasanya. Makan Dengan Ulam Dan Budu Pasti Menyelerakan Sekali!

0 1,121

Kalau pergi ke pantai timur pasti akan jumpa dengan hidangan ikan singgan ni, tidak kira di rumah atau dikedai pasti ada hidangan ini.  Resepi Singgan Ikan Tengiri ni cukup mudah untuk dibuat dan agak femes di pantai timur.

Di Kelantan setiap kedai makan nasi ulam akan menyediakan hidangan ikan singgan ini. Ini kerana hidangan ini sangat enak dimakan dengan ulam-ulaman, kalau ada yang tak pernah merasa perlu cuba sekali pasti akan jatuh cinta dengan rasanya.

Singgan ikan ini salah satu hidangan yang sihat, kalau kita tengok cara masaknya dan bahan-bahan yang digunakan tidak mempunyai santan atau minyak sedikit pun, cuma rebus sahaja. Sebab itu hidangan ini sesuai untuk orang yang tengah diet atau berpantang.

Bagi memasak ikan singgan ni ada banyak caranya, kerana lain tempat lain caranya. Ada yang letak lengkuas banyak, ada yang letak budu, ada yang letak kunyit, sebab itu kuah singgan ada banyak jenis.

Resepi singgan ikan ni sangat enak sebab itu hidangan ini femes di kelantan dan terengganu. Resepi ini dari perkongsian oleh Noor Hidayah Hanapi.

 

RESEPI SINGGAN IKAN TENGIRI

Untuk membuat hidangan ikan singgan perlu menggunakan ikan yang segar, kerana masakan singgan ini lebih kepada merebus dan bila menggunakan ikan yang tidak segar boleh menyebabkan masakan tak sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ikan tengiri  ( dibersih dan dipotong )
  • 2 biji bawang merah ( potong empat )
  • 3 ulas bawang putih ( dihiris )
  • Cili padi
  • Asam keping
  • 2 inci lengkuas ( dihiris )
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 sudu teh budu
  • Bendi
  • Garam dan secukup rasa

CARA-CARA PENYEDIAAN SINGGAN IKAN TENGIRI

▶️ Sediakan periuk yang berisi air, masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, asam keping dan cili padi. Rebus seketika.

▶️ Selepas itu, masukkan serbuk kunyit dan budu.

▶️ Kemudian masukkan ikan, rebus sehingga masak dan jangan lupa masukkan bendi.

▶️ Akhir sekali perasakan dengan garam. Siap.

 

BACA JUGA : Resepi Kek Batik Biskut Marie Yang Tersangat Mudah Dibuat. Kek Yang Digilai Ramai, Makan Tanpa Jemu!

 

Mudah bukan nak buat ikan singgan ni, main campak-campak je dah siap satu hidangan. Yang ni kalau kena dengan budu dan ulam boleh makan nasi tambah-tambah ni, masakan yang simple memang menyelerakan.
Tips nak dapatkan singgan yang sedap terasa semua bahan ialah dengan merebus lebih lama sehingga kuah sedikit kering. Baru rasa semua bahan meresap masuk dalam ikan dan kuah juga akan terasa dengan lengkuas, bawang dan asam keping tu.

Ikan tengiri ni isinya agak pejal dan tidak mudah hancur bila direbus lama, sebab itu sedap bila menggunakan ikan tengiri ni. Resepi singgan ikan tengiri ni terlalu mudah dan cepat untuk dimasak jika ibu-ibu kesutukan masa, jadi boleh ibu-ibu mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.