Resepi Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun Yang Sangat Sedap. Menu Ini Saja Pun Boleh Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 1,126

Resepi ikan bilis kentang tumis suhun ini merupakan salah satu hidangan yang boleh membangkitkan selera makan. Cara penyediaan ikan bilis kentang tumis suhun juga sangatlah cepat dan mudah. Kira ini versi variation sebab dalam satu hidangan ada pelbagai jenis bahan yang digunakan.

Makanan yang simple macam ni memang boleh jadi makanan kegemaran semua orang. Siapa yang belum pernah rasa, wajib cuba masakan ini. Selain sajian ini sedap dimakan dengan nasi putih malah ianya juga sesuai dihidangkan bersama dengan nasi ambeng.

Cara penyediaan resepi ini sangat mudah. Malah bahan yang digunakan pun tidak renyah. Mungkin ada didapur anda sahaja. Kebiasaannya kalau menu yang mengunakan ikan bilis. Lebih baik jangan guna ikan bilis yang kecil sangat dan agak lama. Nanti masakan kita jadi kurang sedap.

Resepi yang dikongsikan oleh cik puan Nurul Ateekah, walaupun hidangan dalam kuali dah nampak sangat selera Apatah lagi bila dihidangkakan dengan nasi panas-panas confirm sepinggan nasi tak cukup.  Resepi ikan bilis kentang tumis suhun selain dimakan dengan nasi ianya juga boleh diratas begitu saja. Rasanya sangat sedap dan pasti anda menyukainya.

Yang mane tak sempat nak buat hari ini, jangan risau save dulu resepi yang dikongsikan ini. Bila dan kering idea boleh lah hidangkan resepi ikan bilis kentang tumis suhun ini pada keluarga. Makanan walaupun simple pasti ia pasti dapat memenuhi cita rasa anda.

 

RESEPI IKAN BILIS KENTANG TUMIS SUHUN

Sesekali buat resepi macam ini untuk hidangan pada family memang layan. Menu ini juga lengkap dengan pelbagai rasa dan sayur. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara buat ikan bilis kentang tumis suhun ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 1 ketul besar tauhu
  • 2 biji kentang
  •  1 paket tempe
  • 3 sudu besar ikan blis
  • 1 paket suhun
  • 5-7 batang kacang panjang
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 batang cili merah/hijau
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu kicap manis
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Minyak

CARA PENYEDIAAN IKAN BILIS KENTANG TUMIS SUHUN :

▶️ Goreng terlebih dahulu, tauhu, tempe, kentang dan ikan bilis.

▶️ Kemudian, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan. Gaul gata

▶️ Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak dan garing.

▶️ Masukkan gula, serbuk perasa, dan kicap manis. Gaul rata.

▶️ Masukkan suhun, dan kacang panjang. Gaul rata.

▶️ Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah digoreng (Tempe,tauhu,ikan bilis,kentang).

▶️ Masak sehingga kering dan angkat. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Hati Lembu Masak Pengantin. Rasa Yang Sangat Padu Dan Marvelous!

 

Wahh, betul-betul nampak sedap dan sangat menarik. Resepi ikan bilis kentang tumis suhun ini dihidang untuk anak-anak sangat bagus kerana menu mempunyai pelbagai bahan yang enak.  Yang tak gemar makan sayur pun boleh suka dengan resepi ini. Walaupun satu hidangan ia dan dah cukup lengkap.

Segala masakan yang ada suhun memang sedap, kebiasanya jika sebut suhun, pasti ada fucukya. Kalau nak tambah sekali dalam masakan ini pun tak jadi masalah. Dalam resepi masakan, anda jangan risau atau takut untuk mempelbagai jenis bahan. Kerana rasa pasti sedap dan unik.

Bila anda cuba resepi ini confirm repeat lagi. Jika anda rasa nak pedas, boleh letakkan cili dalam masakan anda nanti. Semoga resepi ikan bilis kentang tumis suhun yang dikongsikan memberi manfaat kepada anda semua. Jangan lupa share supaya sama-sama mendapat manfaat darinya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.