Kalau cakap pasal ayam Kenny Rogers mesti semua tahu sedapnya macam mana kan? Apa kata cuba Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers yang yang senang dan mudah boleh buat di rumah je.
Resepi ni untuk seekor ayam tau, jadi boleh makan seisi keluarga. Kalau nak beli pon dah berapa untuk seekor ayam ni. Ikut je resepi ni insyaallah sedap dan lebih jimat jika dapat buat sendiri.
Sekali-sekala buat kelainan sedikit untuk menu harian, pasti anak-anak suka. Ayam bakar Kenny Rogers boleh membuka selera anak-anak kerana ayam bakar Kenny Rogers rasanya sedap, garing diluar dan lembut di dalam.
Yang pasti bahan perapan dari resepi ayam bakar ala Kenny rogers yang dikongsi oleh Miera Merah Meiru sangat sedap. Nampak je macam simple sahaja tapi hasilnya sangat mengiurkan!
Apa yang paling penting, resepi yang dikongsikan ni snagat mudah diikut sebab bahan-bahan yang digunakan semuanya mudah kita nak dapatkan. Jom kita cuba!
RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS
Resepi ayam bakar ala Kenny Rogers ini menggunakan seekor ayam. Tapi untuk yang tak ramai orang, boleh sahaja untuk guna ayam yang dah dipotong boleh mengikut citarasa sendiri.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 ekor ayam bulat ( cuci bersih )
- 3 sudu besar mentega
Bahan untuk dikisar :
- 1 labu bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 senduk sos blackpaper
- 1 senduk sos cili
- 1 sudu besar balckpaper biji
- 1 biji ubi kentang ( rebus empuk )
- 1 biji kiub pati ayam
- 1 sudu kecil garam kasar
- 2 sudu besar gula pasir / gula batu
- 2 sudu kecil pati sunquick oren
- 1 senduk santan kering / pati santan
CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS :
▶️ Mula-mula ayam dibasuh bersih dan ketepikan.
▶️ Selepas itu, kisar semua bahan kisar dengan sedikit air.
▶️ Kemudian, panaskan kuali dan cairkan mentega.
▶️ Masukkan bahan kisar kedalam kuali dan tumis sehingga kering sedikit.
▶️ Seterusnya, masukkan ayam seekor kedalam kuali dan biar mereneh seketika.
▶️ Pastikan ayam dibalik-balik supaya bahan tumisan tersalut keseluruh ayam. Masak seketika selama 3-4 minit. Tutup api.
▶️ Kemudian, perap ayam seketika selama 2-3 jam sebelum dibakar.
▶️ Akhir sekali, panaskan oven dan bakar dengan suhu 200oc selama 45 minit sampai masak dengan menggunakan api atas bawah.
▶️ Selain itu, boleh tambahkan ubi kentang, brokoli, tomato cerry sekeliling ayam ikut citarasa.
BACA JUGA : Resepi Kuih Kaswi Lembut Dan Gedik. Mudah Dibuat, Rasa Pun Sedap!
Dengar nama ayam bakar ala Kenny Rogers dah tahu sedap, belum lagi nak makan. Ayam bakar ala Kenny Rogers ni bukan sahaja boleh dibakar didalam oven sahaja, kalau dekat rumah ada airfryer sahaja pon boleh digunakan untuk bakar ayam ala Kenny Rogers ni.
Kalau sebut ayam bakar yang ada jenama ni memang dah tahu rasanya sedap, tapi kalau nak beli boleh tahan jugak harganya. Tak kira lagi kalau anak ramai. Bila teringin nak makan boleh je buat sendiri dirumah. Bahan dan rasa boleh ikut citarasa kita sendiri.
Makan ayam bakar ala Kenny Rogers ni dengan speggeti dan smash potato ala-ala mat saleh mesti sedap. Sekali sekala reward untuk anak-anak tak salah masak special sikit kali ni. Resepi pon dah ada boleh lah cuba buat dirumah. Selamat mencuba!