Resepi Puding Awan Biru Yang Viral. Lagi Syok Makan Sejuk-Sejuk!

0 2,331

Nak sesuatu yang menyegarkan tekak hujung minggu ni? Jom buat puding awan biru! Makan sejuk-sejuk memang syok gila. Puding merupakan salah satu menu yang sangat digemari ramai kerana rasa yang menyegarkan dan tekstur yang sangat lembut.

Puding ataupun pencuci mulut adalah bahagian terakhir dihidangkan selepas makan. Dan biasaya makanan tersebut lazat. Setiap kali ke restoren mewah, mahupun mana-mana araca, selain makanan utama anda pasti membayangkan hidangan terakhir iaitu puding yang tidak pernah mengecewakan.

Seperti diketahui umum, pencuci mulut adalah sejenis makanan manis yang disajikan pada penghujung makanan atau hidangan. Puding awam biru pasti menjadi kesukaan kanak-kanan kerana warnanya yang menarik perhatian mereka seakan awam biru.

Puding awan biru boleh dipelbagai rasa, jika anda tidak suka isi kelapa boleh digantikan dengan buah laici, ianya terpulang pada selera anda. Dan seperti yang kita tahu, apa saja jenis puding wajib disimpan didalam peti terlebih dahulu sebelum dimakan.

Makan sejuk-sejuk lebih sedap dan menyegarkan. Terasa lega je bila lalu ditekak. Lebih-lebih lagi cuaca sekarang ini asyik panas je. Jom kita ikut resepi puding awan biru yang dikongsikan oleh cik puan Nor Al Fatihah difacebooknya. Resepi yang sangat ringkas dan mudah.

 

RESEPI PUDING AWAN BIRU

Menu puding ini awam sangat menarik perhatian dan pasti disukai ramai dan cara penyedian juga sangat simple. Jom kita follow resepi puding awan biru ini. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaanya puding ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 2 cawan air kelapa
  • 2 cawan air
  • 1 ½ cawan gula (boleh kurangkan)
  • Sedikit isi kelapa
  • Pewarna biru
  • Ais secukupnya (dihancurkan)
  • 1 cawam non-dairy whipping cream (dipukul hingga kental)

CARA PENYEDIAAN PUDING AWAN BIRU : 

▶️ Masak agar-gar bersama air, air kelapa, gula & pewarna biru hingga mendidih. Kemudian tutup api.

▶️ Letak agar-agar diatas bekas berisi ais, dan biar sejuk seketika sambil kacau dengan sudu.

▶️ Apabila ianya mengental boleh lah dicebok dengan sudu. Jangan sampai agar-agar keras ye.

▶️ Sudukan agar-agar dalam ke dalam botol ataupun gelas gelas kemudian sudukan whipping craem. Buatlah seperti awan, biar ia melekat dibotol, dan  masukan isi kelapa di dalamnya.

▶️ Ulang cara yang sama & akhir sekali picik whipping cream diatasya. Sejukkan di dalam peti ais hingga sejuk. Kemudian siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Ayam Goreng Serai Thai@Fried Chicken Lemongrass Thai Yang Sedap. Pasti Membangkitan Selera Anda Hari Ini!

 

Siap untuk dihidang buat keluarga. Puding ini juga sesuai juga hidangkan untuk minum petang atapun majlis- majlis kedamaian. Warna puding awan biru sangat cantik dan menarik perhatian kanak-kanak. Rasa isi kelapa yang manis dan menyegarkan menambah lagi kesedapan puding awan biru ini.

Pasti ramai yang ada masa terluang sekarang ini dan asyik nak makan je. Apa kata anda cuba resepi ini mengikut citarasa anda, nak letak isi rambutan ataupun mata kucing pun boleh, pasti buahnya berwarna putih baru terhasilnya awam biru yang cantik.

Kalau dan tak ada idea sangat. Boleh cuba pelbagai resepi yang ada di blog ini dijadikan sebagai rujukan nanti. Boleh cuba bila-bila masa save je dulu. Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi puding awan biru ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.