Resepi Air Rebusan Pink Buat Badan Kekal Maintain Dan Cantik. Anda Wajib Try!

0 980

Malaysia memang kaya dengan keunikkan makanan, pelbagai jenis makan yang kita ambil setiap hari seperti fast food, makanan berlemak, dan macam-macam lagi. Dan berapa lama agaknya kita makan tanpa cuci dan ianya boleh berkumpul didalam badan. Jom hari ni kita lihat pengkongian resepi air rebusan pink air ini juga dipanggil minuman detox. Air rebusan sesuai diamalkan setiap hari tau!

Air rebusan pink ini selain untuk cucikan dalaman badan ia membantu menyihatkan badan dan kekal maintain dan cantik. Ada juga yang mengamalkan air ini untuk menurunkan berat badan kerana minuman ini boleh membantu percernaan dengan mudah apa yang kita makan.

Bahan-bahan untuk digunakan dalam penyediaan minuman ini adalah bahan semula jadi tak perlu risau kandungan nya. Kadang-kadang pengambilan pil ada serbuk detox yang sangat meragukan kan. jika beli dikedai harganya mahal berbanding buat rumah sangat jimat dan berbaloi. Minuman ini kalau nak buat banyak pun boleh, simpan dalam peti sejuk je. Kalau nak minum boleh terus minum.

Sesetengah orang tidak suka dengan bau dan aroma halia, tapi bahan-bahan inilah yang banyak fungisnya membantu beberapa sistem badan. Air rebusan pink ada letak buah asam masim tau, rasaya lebih sedap berbanding tanpa asam masin dan cara penyediaan yang mudah dan sangat simple.

Disebabkan cara penyediaannya yang ringkas, jom kita lihat cara buat air yang sedap dan berkhasiat ini. Apa kata kita follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook cik puan Diana Said. Terima kasih juga berkongsi resepi.

 

RESEPI AIR REBUSAN PINK

Minuman ni juga boleh membantu untuk bersihkan kulit dan menambahkan seri wajah. Kalau yang kita tahu minum air masak dengan kuantiti yang diperlukan pun buatkan kulit kita bersih apatah lagi dengan adanya campuran bahan-bahan semula jadi ini. Tanpa buang masa jom kita tengok cara penyediaan minuman ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 2 biji lemon
  • 3 asam keping
  • 3 biji asam masin (asam boi merah)
  • 2 inci halia

CARA PENYEDIAAN AIR REBUSAN PINK :

▶️ Rebus 1 liter air.

▶️ Basuh semua bahan dan potong kecil dan masukan bahan dalam periuk sehingga mendidih.

▶️ Tutup api dan tuang air rebusan dalam jug.

▶️ Siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Puding Cermin Yang Cantik Menawan Hati. Pemanis Mulut Yang Sangat Sedap Syok Dimakan Sejuk-Sejuk!

 

Air rebusan pink kalau nak minum sejuk-sejuk pun lagi sedap tau. Simpan dalam peti sejuk seketika lepastu boleh terus minum. Seharian makan makanan yang berlemak dan pelbagai, apa kata malam minum detox pink ini. Selain ianya berkhasiat, minuman ini boleh membuatkan kita rasa kenyang dan susah nak lapar.

Air ini kalau diamalkan selalui tidak menjadi masalah. Untuk menjaga kesihatan tidak salah jika jika mengamalkan air ini dan mengurangkan minuman bergas dan bergula. Walaupun resepi ni hanya mengunakan bahan semula jadi namun ia juga mempunya rasa sedap tau.

Minuman ini kalau nak hidangan pada keluarga tidak salah, jadi sama-sama jaga kesihatan badan. Semoga dengan perkongsian cara menyediakan resepi air rebusan pink ini dapat memberi manfaat kepada ada semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya oleh lain juga boleh mencuba resepi ini. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.