Resepi Ikan Keli Berlada Yang Mudah Dibuat, Sedap Dimakan Dengan Rasa Pedas-Pedas Manja Sambalnya!
Ikan keli ialah ikan air tawar sebab itu ikan keli boleh dipelihara didalam kolam. Ikan keli atau nama lain ikan semilang panggilan di Perak. Resepi Ikan Keli Berlada sangat sedap bila dapat dibuat, cara buat pun agak senang.
Ikan keli bila digoreng isinya sangat enak sekali. Kalau di Thailand ikan keli dikenali sebagai Pla Duk Dan, merupakan makanan yang murah dan disediakan dalam pelbagai cara masakan terutama sekali dipanggan dan digoreng.
Ikan keli boleh bernafas didarat, sebab itu agak susah untuk matikan ikan keli bila ingin bersiang. Ikan keli perlu disiang betul-betul supaya tidak hanyir bila dimakan. Ikan keli ada sesungut, bahagian ini perlu dipotong buang terlebih dahulu semasa bersiang.
Bahagian hanyir perlu dibuang dengan menekan menggunakan jadi di bahagian bawah ikan keli. Kalau tak dibuang ikan akan tetap berbau hanyir walaupun basuh banyak kali. Sebab itu sebelum dimasak pastikan ikan sudah dibasuh bersih.
Ikan keli kalau di makan memang sedap, cuma nak masaknya agak menakutkan sebab bila digoreng minyak akan merencik dengan kuat. Resepi yang enak ini telah dikongsi oleh Bahiah Saripuddin.
RESEPI IKAN KELI BERLADA
Ada orang suka ikan keli dipotong kecil-kecil dan ada orang suka masak seekor terus. Jadi sebelum digoreng ikan keli perlu dikelar dahulu supaya bila digoreng ikan akan jadi sangat ranggup. Ikan keli digoreng semakin garing semakin sedap rasanya.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 6 ekor ikan keli
- 4 biji cili merah besar
- 10-12 biji cili hijau
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- Garam
- Gula
- Serbuk kunyit
CARA-CARA PENYEDIAAN IKAN KELI BERLADA
▶️ Ikan keli perlu dibasuh dan dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, lumurkan dengan garam kunyit.
▶️ Semua bawang dan cili dipotong kecil-kecil untuk memudahkan ditumbuk.
▶️ Selepas itu, tumbuk bawang dan cili kasar-kasar, kalau nak guna chopper pun okey.
▶️ Panaskan minyak untuk mengoreng ikan, ketika mengoreng ikan keli tak mahu merencik minyak tutup dengan menggunakan penutup periuk.
▶️ Dah garing boleh angkat dan ketepikan seketika.
▶️ Seterusnya, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
▶️ Kemudian masukkan sedikit gula dan garam, dah nampak hampir garing boleh tutup api.
▶️ Curahkan sambal tadi diatas ikan keli yang digoreng.
BACA JUGA : Resepi Puding Caramel Yang Sangat Lembut, Setiap Gigitan Rasanya Yang Creamy Dan Manis!
Bila dah siap dah boleh ngap dengan nasi putih panas-panas. Sekali makan sedap tak terkata la, isinya sangat lembut ditambah pula dengan sambal pedas-pedas manja ni lagi menyelerakan.
Sambal tumis tu kalau nak bagi berkuah boleh tambah sedikit air dan boleh gaul ikan keli didalam sambal tersebut supaya tersalut semua. Hidangan ini ingin mengekalkan rasa keranggupan ikan keli goreng jadi sambal agak kering dan dicurah sahaja atas ikan.
Resepi ikan keli berlada ini mudah sangat untuk dibuat, cuma bahagian mengoreng ikan keli kena bertabah sedikit. Jangan lupa untuk mencuba hidangan simple tapi marvelous ini!