Resepi Minuman Air Mata Kucing Yang Menyegarkan. Minum Sejuk-Sejuk Memang Syok!

0 2,982

Minuman air mata kucing merupakan sejenis minuman yang memang popular di Malaysia sejak dulu lagi. Hari ini, nak share resepi minuman air mata kucing yang fresh dan menyegarkan. Anda boleh cuba di rumah sahaja. Minuman ini sangat digemari oleh semua orang kerana keenakkanya dan mengandungi banyak khasiat.

Antara khasiat air mata kucing ia boleh menurunkan panas dalam badan, mampu untuk mengurangkan batuk dan dapat mengeluarkan kahak serta mengembalikan tenaga. Di negara China, minuman ini banyak diminum untuk dijadikan ubat tradisonal.

Resepi ini sangat sesuai dicuba kerana penyediaan yang sangat mudah dan rasanya sangat menyegarkan. Anda boleh follow cara ini sahaja. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat air mata kucing ini sangat mudah dan senang didapati.

Disebabkan minuman ini sangat ringkas dan ramai menggemarinya. Apa kata anda follow resepi  yang dikongsi oleh Cik Umi Watie. Rasa yang fresh dan sedap sudah pasti menjadi minuman wajib yang harus dicuba. Minum ketika sejuk lagi menyegarkan tekak anda.

Minuman air mata kucing ini sering kita nampak di pasar malam dan kedai-kedai kaki lima. Minuman ini sangat menarik minat pengunjung yang datang ke tempat tersebut untuk membelinya. Namun, anda akan lebih berpuas hati bila buat sendiri di rumah. Lagi jimat dan berbaloi.

 

RESEPI MINUMAN AIR KATA KUCING

Minuman ini yang sangat simple dan fresh, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan minuman air mata kucing sangat yang fresh dan menyegarkan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cawan isi buah mata kucing
  • 4 cawan air
  • Gula batu
  • Gula nise (gula kerek/gula kabung/gula merah)
  • Daun pandan

CARA PENYEDIAAN MINUMAN AIR MATA KUCING :

▶️ Kupas isi mata kucing dan masukan ke dalam bekas.

▶️ Kemudian masuk air dan daun pandan ke dalam bekas tersebut.

▶️Setelah itu masuk nise atau gula merah.

▶️ Masukkan gula batu.

▶️Masak dengan api perlahan sehingga gula merah dan gula batu itu larut.

▶️ Angkat dan sejukkan.

▶️Siap untuk dihidang. Boleh letak ais untuk rasa yang lebih menyelerakan

 

BACA JUGA :Resepi Masak Kari Lala Pecah Telur Yang Sedap. Pasti Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Siap untuk dihidang, wah! Nampak sangat menyegarkan. Tak susah pun untuk  menyediakan minuman ini. Minum sejuk-sejuk confirm lagi sedap. Rasa manis buah mata kucing yang fresh lagi menambah selera bila minum. Jadi anda  tidak menyesal mencubanya.

[]

Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal! Minuman ini sebenarnya boleh je didapati di pasar malam ataupun di tepi jalan. Tapi bila anda buat sendiri yang lagi sedap dan lebih menyihatkan. Boleh disimpan dalam peti sejuk jika anda suka.

Semoga perkongsian cara menyediakan minuman air mata kucing ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi air mata kucing  yang sangat fresh dan segar ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.