Resepi Kentang Bakar Dengan Topping Daging Dan Cheese Leleh. Hidangan Yang Bikin Anda Ketagih!
Sebenarnya kentang bakar inti daging cheese ni sudah lama ada dalam masyarakat Melayu. Cumanya jarang sangat dimasak dan dipopularkan. Resepi kentang bakar inti daging cheese ni sangat mengenyangkan dan sangat sedap. Hidangan kentang cheese ni memang sesuai dijadikan sebagai snek ataupun makanan bagi mereka yang berdiet. Anda wajib cuba resepi ni pasti anda puas hati!
Kalau tengok fizikal dan tekstur pun dah membuatkan kita terliur. Kalau dah start makan memang menyelerakan sampai ke kulit habis licin. Kentang bakar ni sedap dimasak dengan menggunakan kentang US yang bersaiz cikit besar dan lebih lembut berbanding kentang lain. Sebab tu memang sesuai kalau nak padatkannya dengan topping yang menarik.
Selain tu juga, hidangan ni juga agak unit dan istimewa kena lebih kurang makan western. Biasanya kalau kita ke restoran mewah banyak juga hidangkan sebagai dessert. Sungguh menarik dengan rasanya bermanis dan berlemak krim. Makanan ni juga dapat menarik perhatian anak-anak juga. Ibu-ibu yang kering idea nanti bolehlah cuba resepi ni dirumah.
Mesti anda dan tahu macam mana nak masak kentang bakar inti daging dan cheese leleh ni. Sebenarnya nak masak hidangan cukup simple dan mudah je. Cara masaknya, mula-mula perlu korekkan isi kentang yang dah direbus. Kemudian dilenyekkan dan masakkan dengan daging. Bila disebatikan tu buatkan rasanya makin sedap dan lazat.
Jadi tak perlu risau tentang kandungan juga. Ianya cukup berkhasiat. Toppingnya bukan sekadar daging dan cheese. Malah anda juga boleh mempelbagainya ramuan dan bahan didalamnya bergantung apa yang anda suka. Perkongsian yang menarik dan simple ni dikongsiakan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan MrsNor Wahid. Terima kasih pada beliau kerana sudi berkongsi resepi ni. Jom masak!
RESEPI KENTANG BAKAR DAGING DAN CHEESE
Hidangan ni kalau makan panas-panas lagi sedap, boleh tarikh cheese panjang-panjang. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba menu yang simple dan enak ini. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana hidangan ni disediakan.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 3 biji kentang US
- 6 keping cheedar cheese secukupnya
- 1 mangkuk kecil daging cincang
- Garam
- Minyak zaiton
- 1 sudu serbuk kecil lada hita
- 1 labu bawang besar (dicincang)
- 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 3 sudu kecil sos prego/sos tomato
- 3 sudu kecil mayonis
- 2 sudu kecil serbuk kari daging
- 1 sudu cili
- Daun bawang (hiris kecil-kecil
- Oregano
- Sedikit butter
CARA PENYEDIAAN KENTANG BAKAR DAGING DAN CHEESE :
▶️ Kentang dibasuh dan gosok bersih kulitnya sebab kita bakar dengan kulit-kulit. Belah dua kentang.
▶️ Sapukan kentang dengan minyak zaiton dan tabor sedikit garam. Letakkan kentang di atas baking tray yang besar.
▶️ Panaskan oven 200˚C. Bakar kentang selama lebih kurang 40 minit. Selepas 25 minit pertama balikkan kentang supaya ia masak rata. Sambung bakar lagi hingga genap 40 minit atau sehingga kentang lembut.
▶️ Keluarkan kentang dari oven & sejukkan sebentar. Korek isinya hanya tinggalkan kira-kira ¼ ~ ½ inci isi kentang (bergantung saiz kentang yang anda guna) pada kulitnya, lenyek separuh isinya sebab kita nak masukkan dalam lauk nanti
▶️ Tumis bawang dgn butter hingga layu. Kemudian masukkan daging, sos, serbuk kari mayonis, garam dan lada hitam dan rasa masin pedasnya.
▶️ Bila daging dah masak masukkan isi kentang tadi. Kacau rata. Tutup api,masukkan daun bawang.
▶️ Intikan setiap kentang yang dikorek tadi dengan daging & cheese. Tabur oregano di atas cheese.
▶️ Aturkan kentang di atas baking tray. Bakar lagi kentang selama kira-kira 8 ~ 10 minit, atau sehingga cheesenya cair.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Daging Masak Palembang Yang Mudah Dan Sedap. Kaya Dengan Pelbagai Rempah Yang Dapat Membangkitkan Selera Anda!
Tada! Dah siap menu istimewa kita hari ni! Tengok gambar pun sungguh menyelerakan. Dessert paling mewah ni yang sedap dan tiada tandingan. Tengok cheese tu siap meleleh lagi. Kalau sebelum kentang dimasukkan dalam gulai kari, sup dan tauhu goreng. Sekali sekala boleh juga buat macam ni untuk dihidangkan pada anak-anak anda nanti. Pasti mereka akan suka.
Kalau nak tukar daging kepada ayam pun boleh juga tak menjadi masak. Boleh ikut selera anda. Lagi mudah anda juga boleh guna burger daging lembu atau burger daging ayam Ramly. Nak masak simple tapi makannya sedap. Rugilah kalau tak mencubanya.
Kentang ni merupakan sayur yang boleh dimasak dengan pelbagai masakan dan ianya menjadikan masakan anda sungguh enak dan sedap. Semoga dengan perkongsian resepi kentang bakar inti daging cheese yang padu ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!