Resepi Masak Kari Lala Pecah Telur Yang Sedap. Pasti Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 2,224

Lala atau kepah merupakan jenis makanan laut yang sangat popular. Cara masakannya juga boleh dipelbagaikan. Antaranya lala boleh dimasak kari, masak sambal ataupun masak halia. Kali ini, jom cuba resepi masak kari lala pecah telur. Resepi ini sangat simple dan sedap, confirm bertambah nasi dibuatnya.

Lala adalah makanan laut yang ramai menyukainya. Rasa isi lala yang manis dan lembut membangkit lagi selera makan. Cara penyediaan menu ini sangat mudah dan senang. Hanya perlu menyediakan beberapa bahan sahaja. Boleh follow cara ini untuk mendapatkan hasil yang sedap.

Lala hendaklah dibasuh sehingga bersih dan toskan airnya. Kemudian, panaskan minyak untuk bahan tumisan. Tumis cili sampai pecah minyak. Setelah itu masukkan sos tiram, sos cili sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam. Selepas itu, pecahkan telur dan masukkan terus lala. Biarkan betul betul masak selepas tu angkat dan hidangkan. wah senangkan!

Resepi kali ini adalah perkongsian dari seorang pengguna facebook iaitu cik Zana Mokhtar Kandang-kadang bosan juga asyik masak menu yang sama. Apa kata kali ini anda cuba masak kari lala pula untuk dihidangkan pada keluarga anda pada hari ini.

Menu Lala kari pecah telur ini boleh dijadikan dihidangkan untuk makan tengahari atau malam. Selain itu, menu ini boleh juga dijadikan menu minum petang, hidangan bersama roti jala, confirm layan. Suami dan anak- anak anda pasti suka menu ini.

 

RESEPI MASAK KARI LALA PECAH TELUR

Menu yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan masak kari lala pecah telur yang super ini. Pasti membangkit selera anda.

 

Bahan bahan yang diperlukan :
  • Lala (bersih dengan air limau)
  • Bawang merah (dipotong dadu)
  • Bawang putih (dipotong dadu)
  • Bawang merah – (dikisar)
  • Bawang putih – (dikisar)
  • 1 inci Halia -(dikisar)
  • Cili kering – (kisar)
  • Rempah kari
  • Telur dua biji
  • Sos Tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Serbuk lada hitam
  • Garam

CARA PENYEDIAAN MASAK LALA KARI PECAH TELUR : 

▶️ Bersihkan lala sehingga bersih dan toskan airnya.

▶️ Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan putih yang di potong dadu. Agak layu sedikit baru masuk bahan yang di kisarkan.

▶️Setelah agak garing baru masukkan cili kering dan biarkan sampai pecah minyak menumis itu. Dan masukkan rempah kari.

▶️Setelah itu masukkan sos tiram, sos cili sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam.

▶️Gaulkan sebati. Masuk sedikit demi sedikit air. Agak agak je, jangan sampai bahan tumis tu jadi cair

▶️Selepas tu pecahkan telur dan masukkan lala. Sebelum itu tos air dulu sebelum masuk ke dalam kuali.

▶️Biarkan betul-betul masak selepas tu angkat dan hidangkan.

 

BACA JUGA : Resepi Roti John Ala Streetfood A.K.A Pasar Malam. Lembut Dan Gebu Gemas. Pasti Puas Hati Makan!

 

Tara! Ini hasilnya. Nampak sangat menyelerakan. Tak susah pun nak menyediakan masak kari lala pecah telur yang sangat super ini. Lebih lagi masak sendiri puas hati makan. Boleh makan banyak dan boleh ubah mengikut cita rasa anda sendiri.

Makan dengan nasi putih dan ulam kampung pasti bertambah lagi selera. Sekali cuba menu ini confirm repeat lagi!  Menu yang sangat simple dan sedap.  Anak-anak pun pasti suka menu ini. Hidangkan untuk suami confirm suami tak makan luar dah.

Semoga pengkongsian cara menyediakan masak kari lala pecah telur ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi masak kari lala pecah telur yang sangat padu ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.