Resepi Hati Lembu Masak Pengantin. Rasa Yang Sangat Padu Dan Marvelous!

0 6,237

Siapa yang tak pernah makan hati lembu? Sebenarnya hati lembu ni kalau digoreng rasanya sangat sedap, lembut dan juicy. Kalau yang tak pernah try, boleh cuba resepi yang dikongsikan iaitu resepi hati lembu masak pengantin. Menu yang sangat simple pasti anda suka.

Hati lembu ataupun hati ayam sebenarnya mengandungi khasiat dan baik untuk kesihatan. Dikatakan ianya boleh tambah darah dan sebagainya. Jadi kalau ada yang susah nak makan hati lembu ataupun hati ayam boleh je follow resepi ini. Pasti anda akan teruja dengan rasanya.

Resepi hati lembu masak pengantin ini kalau dimakan dengan dengan nasi putih panas-panas pun dah cukup. Keenakkan hati lembu yang digoreng dengan menggunakkan bahan-bahan seperti rempah, bawang, dan cili menjadikan ianya lebih sedap dan lazat.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Mona Jaafar, sangat simple dan mudah untuk anda cuba dirumah. Menurut beliau, hati lembu bukan makanan kesukaannya tetapi ramai yang suggest untuk makan hati lembu bagi tambah darah dan kesihatannya. Beliau kongsikan resepi ini untuk orang ramai mencubanya jugak.

Kalau tengok gambar yang dikongsikan beliau pun dah nampak sangat menyelerakan. Ianya seakan masak daging goreng je. Namun lauk hati lembut lebih lembut dan juicy. Kaedah nak masak lagi hati lembu pun mudah je. Boleh  ikut step-step dibawah. Mesti anda pun dah tak sabar nak cuba resepi hati lembu ini!

 

RESEPI HATI LEMBU MASAK PENGANTIN 

Hati lembu ini biasanya akan dicelur terlebih dahulu supaya ianya tidak keras dan liat. Ini bagi memudahkan untuk anda masak nanti. Tapi sebelum kita start memasak apa kata kita tengok dulu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan hati lembu goreng ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 500gm hati lembu
  • 3 sekawan (kayu manih, bunga lawang, pelaga)
  • 2 biji bawang merah (diblend)
  • 4-5 biji bawang putih (diblend)
  • 1 inci halia (diblend)
  • 1-2 sudu besar cili mesin
  • 1 sudu kecik kunyit serbuk
  • 2 sudu kecik jintan manih serbuk
  • 1 sudu kecik jintan putih serbuk
  • 1 sudu kecik paste asam jawa
  • 2 sudu kecik lada hitam (tumbuk halus)
  • Kicap
  • Gula
  • Cili api/cili besar hijau & merah (untuk garnish)
  • 1 biju bwg holland potong bulat (untuk garnish)
  • Daun sup (untuk garnish)

CARA PENYEDIAAN HATI LEMBU MASAK PENGANTIN :

▶️ Hati lembu terlebih dahulu dipotong lebar, tak nipis dan tak tebal. Gaul hati dgn kunyit, jintan manih dan jintan putih. Ketepikan.

▶️ Panaskan minyak dan masukkan rempah 3 sekawan dan bahan-bahan yang diblend.

▶️ Dah agak garing dan naik bau masukkan cili kisar. Gaul rata sehingga garing.

▶️ Kemudian, masukkan paste asam jawa dan hati yang dah perap tadi dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.

▶️ Boleh masukkan sedikit air untuk hati masak sekata dan bole renjiskan kicap ikut yang dikehendaki. Kemudian perasakan dengan gula garam.

▶️ Masakkan hingga air hati agak kering cikit dan masukkan cili api /cili besar. Sebelum angkat masukkan bawang besar holland.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Sardin Homemade Yang Simple Dan Sedap. Dijamin Puas Hati Anda Wajib Try!

 

Waah, mudah je nak masak hati lembu ni kan. Tak sabar pulak rasanya nak cuba buat. Makan hati lembu sedap juga dihidangkan bersama sambal belacan ataupun air asam. Lagi power rasanya! Tapi yang baru nak belajar makan hati lembu boleh je masak campur sedikit dengan daging lembu.

Namun hati lembu goreng ni ada juga disajikan dikedai-kedai nasi campur. Menu ini dihidangkan bersama-sama sambal belacan dan ulama timun atau ulam kampung. Rasanya pasti sedap. Anda wajib try resepi hati lembu ini. Serius tak menyesal tau.

Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi hati lembu masak pengantin ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba masak hati hati lembu yang padu ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.