Resepi Kari Rusuk Kambing Yang Pekat dan Menyelerakan. Memang Padu Rasanya!
Asyik menu yang sama! Sampai tak tahu nak masak apa? Apa kata hari ini, anda cuba resepi kari rusuk kambing. Cara penyediaan sangat senang dan sangat jimat. Masak dekat rumah lagi sedap boleh ubah mengikut cita rasa anda. Malahan daging kambing juga merupakakn antara daging terbaik dikalangan daging-daging yang lain.
Kambing boleh dikatakan banyak kelebihan dan kebaikan untuk kesihatan. Antaranya mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
Cara penyediaan juga senang, anda boleh mengunakan pressure cooker untuk merebus rusuk kambing tersebut. Lebih jimat masa untuk memasak nanti. Jika anda tiada pressure cooker, jangan risau boleh sahaja masak macam biasa. Anda boleh menggunakan periuk biasa yang ada di rumah.
Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook cik puan Nurul Ateekah. Terima kasih juga berkongsi resepi. Bila buat sendiri lagi puaskan makan. Resepi yang simple tapi sangat menyelerakan.
Resepi kari rusuk kambing yang sedap ini sangat sesuai juga jika dihidangan bersama nasi hujan panas, nasi jagung atau nasi minyak. Selain itu, sedap juga dimakan bersama roti jala. Apa yang menarik tentang kari ini rasanya makin sedap jika dipanaskan keesokkan hariniya. Kuahnya rasa lagi pekat dan padu.
RESEPI KARI RUSUK KAMBING
Menu ini yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan masak kari rusuk kambing yang super ini. menu ini boleh juga dihidangan pada bila-bila sama ada lunch atau dinner.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
- 1 kilo rusuk kambing (dipotong)
- 1 helai daun kunyit (disimpul)
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang serai (diketuk)
- 1 batang bunga kantan (tambahan)
- 2 biji kentang (dibelah)
- 7 batang Cili padi merah
- 1 sudu besar asam+300ml air
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- Garam, gula dan serbuk perasa
- 10-15 batang cili kering (dikisar)
- 4 biji bawang besar (dkisar)
- 5 ulas bawang putih (dikisar)
- 2 cm halia (dikisar)
- 2 sudu besar serbuk belacan@2 cm belacan biasa
CARA PENYEDIAAN MASAK KARI RUSUK KAMBING :
▶️ Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar, tumis sehingga masak dan pecah minyak.
▶️ Apabila sudah pecah minyak, masukkan rusuk kambing, daun kunyit, serai, bunga kantan, serbuk kunyit dan daun limau purut. Gaul rata dan biarkan ianya masak sehingga sedikit lembut
▶️ Kemudian, masukkan air asam jawa, tomato dan ubi kentang, masakkan sehingga kentang lembut dan daging rusuk menjadi empuk.
▶️ Akhir sekali, masukkan cili padi dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Gaul sebati dan tutup api.
▶️ siap dihidang.
BACA JUGA : Resepi Minuman Air Mata Kucing Yang Menyegarkan. Minum Sejuk-Sejuk Memang Syok!
Wah! dah siap. Nampak sangat menyelerakan. Tak susah nak menyedian resepi kari rusuk kambing ini. Lebih lebih lagi masak sendiri puas hati makan. Boleh makan banyak dan boleh ubah mengikut cita rasa anda sendiri. Hidangkan pada keluarga tersayang confirm bertambah nasi mereka makan.
Kalau makan nasi putih pun sedap tambah pula adanya sambal belacan. Confirm bertambah selera lagi. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi. Serius tak menyesal. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang amat mudah rugilah kalau tidak mencubanya.
Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi kari rusuk kambing ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi kari rusuk kambing yang sangat padu ini. Selamat mencuba!