Resepi Lejen Tepung Bungkus Pulut Hitam Yang Sedap. Rasa Lemak Manis Dia Memang Perfect!
Ada ke yang tak pernah rasa kuih tepung bungkus ni ? mesti ada antara ibu-ibu yang belum pernah rasa lagi kuih legend ni. Resepi Tepung Bungkus Pulut Hitam ini mudah untuk dicuba dan yang pasti menjadi.
Kalau dibandar agak susah untuk mendapatkan kuih tepung bungkus ini kecuali di kampung, mungkin bukan selera orang disana. Kuih tepung bungkus ini memang sedap dan disukai ramai.
Tepung bungkus pulut hitam biasanya inti pulut hitam yang akan disalut dengan santan yang dimasak dan dibungkus pula dengan daun pisang. Daun pisang memberikan aroma enak kepada tepung bungkus.
Inti tepung bungkus biasanya dimasak sehingga kering dengan menggunakan gula Melaka. Tapi sekarang dah ada yang guna gula merah untuk mengantikan gula Melaka.
Ibu-ibu boleh membuat sendiri kuih kampung legend ni dirumah, resepi tepung bungkus pulut hitam ni dari perkongsian Nur Hidayah merupakan resepi bondanya yang dibuat untuk berniaga.
RESEPI TEPUNG BUNGKUS PULUT HITAM
Kuih tepung bungkus sangat sedap, dengan rasa yang cukup lemak dan inti pulut hitam yang manis didalamnya, ditambah lagi aroma daun pisang sebagai bungkusan kuih.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
Bahan untuk inti
- 1 biji kelapa parut muda
- 1 ketul gula Melaka @ 1 cawan gula merah
- ½ cawan air
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 helai daun pandan ( disimpul )
Bahan untuk tepung pulut hitam untuk balut inti kelapa
- 1 cawan tepung pulut
- ½ cawan serbuk pulut hitam ( ada dijual di pasar raya bahagian rempah ratus)
- Air ( ikut kelembutan doh untuk senang balut inti kelapa )
Bahan untuk kepala santan
- 5 cawan santan pekat
- 2 cawan tepung beras cap teratai
- 1 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN TEPUNG BUNGKUS PULUT HITAM :
▶️ Mula-mula untuk masak inti kelapa, satukan gula, air dan daun pandan ke dalam kuali dengan api perlahan sehingga sedikit pekat.
▶️ Selepas itu, masukkan kelapa dan gaul-gaul sehingga sebati.
▶️ Masak sehingga inti kering dan tidak berair. Ketepikan, bila sejuk boleh bulatkan inti kelapa.
▶️ Bagi menyediakan bahan balutan inti kelapa, masukkan kesemua bahan kedalam bekas dan masukkan air sikit demi sedikit mengikut kepekatan doh yang diingini supaya senang untuk membalut inti kelapa.
▶️ Kemudian, untuk membuat kepala santan denga masukkan kesemua bahan kacau sehingga sebati dan masak dengan api sederhana sampai naik wap dan adunan pekat.
▶️ Daun pisang perlu dilayur terlebih dahulu supaya senang untuk dibalut.
▶️ Letak kepala santan sedikit diatas daun pisang, dan ambik 2 biji inti yang telah dibalut dengan pulut hitam letak diatas kepala santan tadi. Kemudian balut dengan kemas.
▶️ Akhir sekali, kukus tepung bungkus selama 15 minit. Siap sejukkan seketika sebelum makan.
BACA JUGA : Cara Buat Kek Marble Sukatan Cawan. Garenti Menjadi!
Fuh! Banyak langkah-langkah untuk buat tepung bungkus ni, tapi hasilnya sangat sempurna sekali. Rasanya yang lemak-lemak manis dan aroma dari daun pisang sangat membangkitkan selera.
Untuk mendapatkan hasil tepung bungkus yang sedap lemak berkrim, santan yang digunakan perlulah dari santan yang segar dan pekat. Bagi mengelakkan tepung bungkus menjadi terlalu lembik elakkan masak terlalu lama.
Resepi tepung bungkus pulut hitam ini sangat mudah untuk dibuat, dan caranya pun agak senang untuk diikuti oleh ibu-ibu yang pertama kali ingin membuatnya. Kuih ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan ibu-ibu yang ingin memulakan perniagaan secar kecil-kecilan. Selamat mencuba!